Selain dari Pekan Sehari yang menarik minat pengunjung khususnya kaum ibu, di Bandar Temerloh ni juga ada water park yang letaknya berdekatan dengan Pekan Sari tersebut. ±5 minit drive je dari Pekan Sehari tu.
Lokasi di Taman Awam Kubang Gajah.
Transaksi secara tunai sahaja.
Kami sewa gazebo sekali, RM35. Duduklah berapa lama pun takpe. Boleh bawa masuk makanan. Kena bayar deposit RM50 atau tinggalkan lesen memandu sbg cagaran. Kita akan dapat kunci dan tikar 1 unit untuk dibentangkan dalam gazebo ni.
Kunci yang diberikan tu bukan setakat nak buka pagar gazebo, tapi untuk on letrik dalam gazebo ni. Selain kipas angin ni, ada juga tali (?) untuk gantung buaian bayi dlm setiap gazebo. Memang nak suruh duduk lama la ni :D
Depa kata Fantasia Jitra lagi luas tempatnya.
Tapi yang ini pun dah cukup luas dah utk anak² main air. Ramai tapi tak sesak.
Bekal kami yang ni je, semuanya beli di Pekan Sehari tu. Masing² pun kenyang, baru lepas sarapan kan. Nampaklah ada pengunjung bawa rice cooker, bekal macam². Nak duduk lama kan. Surau, tandas, bilik salinan dan kiosk jajan/minuman pun ada dalam ni. Yang tak nak sewa gazebo, ada kerusi batu disediakan.
Dalam pukul 11 kami bergerak balik ke homestay. Pukul 12 nak check out.
Kubang Gajah Water Park
NO 1, Taman Awam Kubang Gajah
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur
Menteri Kewangan menolak usul ke Temerloh Pekan Sari tu...risau lambat kami gerak balik ke Seremban...next kami plan nak pi Temerloh plak..tunggu Nia habis sem 3
ReplyDeleteOh hehe... Belum rezeki tu nak sampai Temerloh :)
Deleteseronok boleh bawa makan, macam kolam air panas jasin, tapi sekarang dah tutup
ReplyDeleteItu yg best tu ..
DeleteAnak² main air, mak bapak boleh bersantap :D
eh mcm pernah tengok jer tempat ni... mungkin baca blog juga kot... tp xtahu pernah sampai ke x..
ReplyDeleteOh ye?
DeleteKena datang lagi la tu, bagi refresh balik memori hehe
Siap boleh sewa gazebo, ada kipas angin pulak tu. Memang seronok bersantai sekeluarga kalau gini.
ReplyDeleteAah mmg seronok.
DeleteLagi² anak dah makin besar, boleh bawa diri. Ummi monitor tepi kolam je, tak payah turun sekali dlm kolam :D
Best tu main2 air ni PH.
ReplyDeleteYe Ezna nak² time tu cuaca agak panas
Deletemusim2 panas ni memang syok dapat main air. bawak anak2 memang gian lah depa xD
ReplyDeleteBetul tu... Berendam macam tak nak balik :D
Deleteehhh.. bagus tu gazebo nya siap ada kipas.
ReplyDeleteExtension pun ada Kak, kot nak masak nasi ke, caj phone ke kan
DeleteTak pernah saya dapat gazebo diksh fan dan tempat gantung buaian pula 😄. Baguuuus lah ini. Memang buat betah duduk lama 😄👍
ReplyDeleteIya benar Fanny...
DeleteAda extend juga jika mau ngecas² telepon. Mmg memenuhi keperluan
saya pernah sampai mula-mula buka dulu Pia pun kecik lagi time tu..lepas tu dah tak pergi2
ReplyDeleteLama dah la tmpt ni ye...
DeleteKami baru discover :)