Wednesday, 12 February 2025

Ke Pekan Sehari Temerloh


Tepat tekaan SK 🫰🏻
Tujuan utama kami ke Temerloh ni sebenarnya nak ke Pekan Sehari @ Pekan Sari Temerloh yang beroperasi setiap Ahad seawal jam 7 pg hingga tengahari. 

Kali pertama kami ke sini 14 tahun lepas. Kemeriahannya seakan masih sama :) 

Kami sampai awal. Ada peniaga baru nak set up khemah, ada yang tengah menyusun barang jualan dan ada yang dah mula terima pelanggan. Kami gerak ke hujung dulu... 

Rambang mata dah tengok pelbagai jenis ulam/sayuran... 

Kacang Itik, boleh dibuat masak seperti kacang munggai. 

Kalau bawa lori, mau juga beli petai ni :D 

Ikan patin segar, udang sungai, ikan salai macam² ada... 

Masih lengang, masih bebas lagi kami berjalan sambil² berhenti tengok² apa yang menarik.

Tikar mengkuang dan beg yang cantik². 
Jamu mata je... 

Asam Katok, lejen ni...

Madu berserta sarang lebah.

Kuih-muih tradisional negeri Pahang. 
Tak beli...
Walid beli samosa dan vadai. 
Ummi beli tapai pulut dan lepat labu. 

Sedap 👍🏻 

Penat berjalan, patah balik area medan selera tu kami sarapan dulu. Orang makin ramai tapi masih okay nak berjalan. 

Sedap² la roti canai orang Pahang buat. 
Yang ni sedap, yang dekat Restoran Anita malam tadi pun sedap. 

Dah kenyang jom sambung lagi perjalanan. Kali ni kira patah balik ke arah stadium. 
Tedia, ramainya manusia 😁

Mujurlah dah membeli awal² tadi.
Tak selesa nak beli² kalau terlalu crowded macam ni. Nak cepat² beredar je Ummi ni kalau sesak² gini. 

Belah² sini ada akar kayu, barangan kulit, bundle, anak² pokok ...


Kalau ada tanah, boleh beli tanam di kebun kan anak² pokok pisang ni. 

Ni laluan masuk dari Esplanade. 
Kami tak lalu sini sebab kami ikut tangga dekat pagar kecik stadium. 

Masa sampai around 7.30 tadi parking masih kosong tapi bila nak balik, penuh! 

Pintu B stadium dibuka untuk pengunjung guna tandas. Angah sempatlah berposing tepi stadium ni. 

Adik pantang jumpa kucing... 

Stadium Temerloh. 

Dapat beg mengandungi risalah berkaitan ajaran² sesat yang diedarkan oleh Jab Agama Islam Negeri Pahang. Ummi dapat warna putih, Walid dapat warna merah. 

Alhamdulillah seronok, puashati dan syukur dapat tunaikan hasrat nak ke sini lagi. Kalau boleh tiap² minggu nak mai ahahaha 😆 

Tips dari Mama Nurin;
1. Kena datang awal ✅
2. Parking dekat Stadium Temerloh ✅

Sangat berguna dan membantu khususnya bagi kami yang tak suka bersesak² dan malas nak parking jauh² :D

Jemput singgah 🤗

2 comments:

  1. Aduhh..orang SG dah sampai dulu ni...Orang NS tengah duk fikir2 nak pergi esok ni..tapi Temerloh masih blom dapat confirmation dari Menteri Kewangan

    ReplyDelete
  2. Bestnya! Saya suka pergi tempat-tempat macam ni. Setakat ni, tak pernah lagi pergi pekan sehari temerloh. Walaupun pernah duduk jengka 3 tahun, sebab dulu waktu bujang, belum timbul keinginan. Dah tua, baru suka pergi. Macam-macam ada, yek. :D

    ReplyDelete