Memo beli buku sekolah dah keluar.
Makanya pada tarikh 3/2 Isnin kelmarin Ummi pergilah sekolah dengan gegirls.
Semalam dah selesai balut buku² aktiviti ni. Buku² teks alhamdulillah semuanya masih elok berbalut. Buku tulis je belum balut, tunggu cikgu bgtau dulu guna buku mana. Kadang 1 subjek 2 buku berbeza cikgu minta sediakan.
Jadi, Ummi suruh anak² tulis je dulu nama dan kelas. Dah tulis² tu baru Kakak perasan, buku tulis Matematik takde.
Pergilah semula sekolah hari ni. Rupanya utk T5 & T6 memang tak dimasukkan dlm set buku tulis yang kami beli Isnin tu. Sebabnya stok terhad. Stok baru belum sampai. Jadi, siapa cepat dia dapat. Masa beli kelmarin Cg takde pula cakap, kalau tak memang Ummi beli je terus sementara ada stok ni. Ini dah 2x kerja pulak. Mujurlah ada urusan lain juga di pejabat sekolah, jadi tidaklah ralat sangat. Malas betullah nak pergi sekolah time² cuti sekolah ni 😅
Alahai.. belum ambil lagi buku² sekolah anak. Hari open day tak dpt pergi sbb ada urusan lain. Tnya admin sekolah, nanti dia beri tarikh lain.. Rasanya minggu last cuti sekolah lah kot. Jenuh nak membalut semua sekali harung.. huhu..
ReplyDeleteSA dah lama x experienced beli buku sekolah dah...Khalaf pun mummy dia yg uruskan...babah dia bagi duit je...dah duduk jauh kan...
ReplyDelete