Alhamdulillah kereta Walid siap on time, jadi dapatlah kami teruskan rancangan nak jalan² sempena cuti sekolah kali ni.
Destinasi pertama kami tujui ialah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (NECC).
Sebelum ni Kami pernah melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai.
Dari Plaza Tol Lanchang ke Kuala Gandah ±10 km.
Banyak juga kenderaan keluar masuk di sini.
Jalan dalam agaknya. Ada rezeki boleh teroka di lain masa. Suka lalu jalan lama/jalan dalam, boleh jumpa tempat² yang tak pernah tahu pun kewujudannya, di samping dapat tengok suasana kampung yang sentiasa menggamit memori.
Sampai di sini, kita diminta mendaftar dulu.
Ramai juga penghujung termasuk foreigners.
Isi borang dan serahkan di kaunter pendaftaran. Tiada entrance fee tapi boleh bagi sumbangan seikhlas hati jika mahu.
Ada 4 ekor dekat sini. Rasanya anak² lagi ni..
Tebu dan pisang ada dijual di sini.
Tandas pun bersih 👍🏻
Kami ke pentas utama. Sepatutnya ada pertunjukan gajah tapi sebab besoknya ada VIP nak datang, jadi show ditukar ke full rehearsal untuk program esoknya. Rezeki kami alhamdulillah...
Yang first ni lupa namanya. She's born here, in Kuala Gandah. Umur dalam 5-6 tahun.
Anak³ gajah pun dah setinggi orang.
Then ada demo tangkap gajah liar dengan bantuan gajah denak. Kaedah ni yang digunapakai sekarang utk penangkapan dan pemindahan (translokasi) gajah.
Sebelum tahun 1974, kaedah menangani konflik antara gajah dan manusia ialah dengan membunuh gajah tersebut. Kemudian ditukar dgn teknik melasikar atau lasso iaitu teknik menangkap gajah menggunakan tali lasso atau tali jerut. Teknik ni dipelajari dari India. Beberapa ekor gajah dari India telah dibawa ke negara kita untuk menjayakan program ni. Nama gajah² India ni diabadikan di dinding pintu masuk NECC ni. Antaranya Ganesh, Lan Bahadul dan Paul Bahadul. Kemudian, kaedah bertukar kepada pemberian ubat pelali dan sekarang menggunakan gajah denak semasa proses translokasi. Mungkin tak berapa tepat info Ummi ni tapi lebih kurang begitulah. Yang penting kaedah penangkapan gajah liar semakin baik dan tiada kekerasan digunakan.
Peranan gajah denak dalam operasi translokasi sebagai peneman dan penenang kpd gajah liar serta peniaga mahut (penjaga gajah) sekiranya gajah liar bertindak agresif.
Alhamdulillah seronok dapat peluang berinteraksi dengan gajah² ni. Anak⁴ pun seronok dapat berkunjung ke sini. Pengalaman baru untuk mereka, dan Ummi juga. Pernah tengok gajah di zoo tapi ini pertama kali dapat sentuh dan usap belalai gajah :)
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Lebuhraya Pantai Timur,
Kampung Cempaka Kanan,
28500 Lanchang, Pahang
Waktu Operasi: 10.30 pg - 3.30 ptg
(Ada jadual aktiviti spt pertunjukan gajah, mandi anak gajah dsbnya, boleh rujuk dgn pihak NECC)
Ini antara tempat yg teringin sangat nak pergi. PH takde mandi sungai dengan gajah ke?
ReplyDeleteTak SK, sesi tu sblh petang. Kami tak tunggu sbb nak ke tempat lain pula.
DeleteMasa pi Chiangmai, keluar aje airport lokasi pertama kami pergi pusat konservasi gajah, merasa la naik gajah dan masuk sungai pas tu basah kena sembur air...teringin plak nak ke sini..tapi ntah bila la kan...
ReplyDeleteOh SA pernah dah naik gajah ye? Kami ni baru 1st time pegang gajah :D
DeleteComelnya gajah... Last Cuya tgk gajah baru saja haritu di Zoo Melaka
ReplyDeleteBaru lagi tu hehe
DeleteSelamat datang ke Negeri Pahang. Hihi. Tahun lepas kami pergi sana. Banyak dah perubahan sekarang ni.
ReplyDeleteLupa nak bgtau tuan tanah hehe ...
DeleteAkk sekeluarga baru 1st time datang ni
PH bercerita tentang gajah ni, saya teringat nanti nak balik tumpat macamana la. Dah ramai orang share tentang gajah liar yang berjalan di jalanraya timur barat dekat gerik ke jeli. Seram.
ReplyDeleteAah kali ni banyak berita ttg org jumpa gajah di kawasan Gerik-Jeli tu. Hati² ye ...
DeleteDah banyak berubah. Kami pergi masa anak2 sekolah rendah dulu. Siap mandi dengan gajah, awal2 dah bawak baju spare.
ReplyDeleteSesi mandi anak gajah sblh petang, kami tak tunggu. Sbb nak ke tempat lain pula Kak
Deletemenariknyer tempat ni
ReplyDeleteMenarik sangat Wak, sila datang :)
DeleteLepas covid tu pernah ke zoo malam melaka.. Dapat bagi makan gajah sambil pegang.. So, ok lah..hihihi..
ReplyDeleteAbot = berat, dalam bahasa jawa lah.. Sesuai lah dengan gajah tu.. Kikiki
Oh ye ke?
DeleteBaru tau abot tu maksudnya berat. Tq² Linda, new vocab utk Akk ni 👍🏻
Pernah sampai sekali beberapa tahun lepas. Suka masuk situ sebab kawasannya terjaga dengan baik.
ReplyDeleteBetul Kak memang terjaga kawasannya kan
DeleteDi antara hewan2 liar, saya paliiiing suka dengan gajah. Sebab mereka hewan pintar dan penyayang . Memang ada yg agresif, tp wajarlah...
ReplyDeleteKrn itu beberapa Minggu lalu, ada seekor gajah mati di Bali, sebab terbawa banjir bandang yg datang tiba2. Molly yg saat itu sedang main di sungai, terbawa arus kuat. Pas baca beritanya, menangis saya, apalagi saat lihat pengasuh molly sampai menangis juga 😭.
Dan betul2 bencii sangat dengan para pemburu liar, yg membunuh gajah hanya utk gading mereka. . THN lalu di Aceh, seekor gajah denak, di bunuh di hutan pusat konservasi gajah, hanya Krn nak diambil gading... Sediiih sangat, dia padahal baiiik dan betul2 membantu dalam menjinakkan gajah yg masih liar 😭. Ntah lah kenapa tak ada hati sangat mereka 😔
Jujur, saya lebih suka melihat gajah di jaga begini, drpd hidup liar di hutan, Krn manusia skr lebih kejam
Ya Allah sedihnya 😭
DeleteMemang orang skrg sangat kejam Dan tak berhati perut. Sesama manusia pun macam² dibuat apatah lagi haiwan :(
memang famous tempat ni cuma MZ tak pernah lg sampai sini
ReplyDelete