Friday, 29 December 2023

Cuti Sekolah Day 10 ~ Piknik di Tasik Darul Aman, Fantasia Aquapark & Ke Perlis

Sesekali balik kampung, penuh aktiviti bersama keluarga yang dirancang dan dihadiri. 

Pagi Xmas tu kami ke Tasik Darul Aman, piknik di situ sebelum bawa kiddos masuk Fantasia Aquapark Fun-tastic (Fantasia).

Team Bola Tok Ayah FC :D 

Menu potluck pagi tu...

Ummi ditugaskan goreng bihun dan rebus kacang poi dan kacang tanah. Kurang sedap sebab rebus guna PC. Isi jadi 'kesit' (kecut ?). Kalau Tok Umi bagitau awal, Ummi rebus guna api biasa je lagi sedap rasanya. 

Pinggan Makngah haruslah ambik semua makanan kan? Roti wrapped tu by Maklong, nasi goreng, popia carbonara & kopi 0 by Maksu

Fantasia buka pukul 10.
Anak¹¹ main dekat tepi tasik dulu, ada playground.

Bayaran masuk RM20, dewasa & kanak-kanak harga sama. Bawah 4 tahun rasanya masuk percuma. 

Walid dengan Paksu jaga kids. Maklong dengan Kak Una masuk juga sebab Amani underage. Tapi dalam tu pak² menakan tolong jaga. Ummi dengan Maksu dok lepak makan sembang makan sembang 3 jam tak berenti! Depa masuk pukul 10, keluar pukul 1. Sambung makan lagi 😆

Lepas Zohor Ummi dan Walid bawa Tok Ayah dan Tok Umi ke Perlis. Pergi ikut Changloon, balik ikut Kodiang. Anak¹¹ semua di rumah Maksu. Kalau bawa seorang, nanti SEMUA nak ikut, baik kita tinggal semua :D 

Di Perlis banyak bukit batu kapur yang bagi Ummi semuanya unik dan cantik. Dengan kehijauan sawah padi terbentang gitu, memang menarik perhatian sangattttt. 

 Roundabout menuju Padang Besar. Padang Besar pun dah berpuluh tahun tak jejak kaki huhu... 

Kilang simen. 

Lalu Kodiang pasti akan nampak bukit yang glamour ni...

Inilah Bukit Mok Cun. Nama sebenar bukit ni Ummi  lupa 😅

Sampai di rumah Jitra, anak-anak tengah tolong Maksu di dapur...

Belikan depa takoyaki untuk minum petang.

Malamnya makan nasi ayam di rumah Maksu...

Alhamdulillah balik kampung memang tak pernah tak makan banyak, dan banyak kali haha... 

5 comments:

  1. Seronoknya berkumpul mcm ni.. belum pernah lg nmpak member di fb share pasal FANTASIA tu.. menarik jugak harga pn berbaloi.. budak2 ni bknnya boleh jumpa air.. mmg boleh lupa dunia 😂

    ReplyDelete
  2. teringin nak ke Perlis tak pernah jejak kaki lagi. hihi

    ReplyDelete
  3. saya cuti sekolah ni dah naik 2kilo,bkumpul ramai2 keje makan je mana xnaik berat..azam awal tahun nak diet

    ReplyDelete
  4. Kami pun pi Jitra petang 19 Disember...hihihi

    ReplyDelete
  5. Bila berkumpul ramai2 macam ni berselera la makan tu PH.....nak nak kalau maksu memang pandai masak.

    ReplyDelete