Wednesday, 19 February 2025

Terima Hadiah "Terima Kasih utk 2024"

Alhamdulillah rezeki dari Allah, terpilih sebagai salah seorang Top Commentators 2024 di blog Mulan ~ Peace, Love & Harmony 

Sepanjang dok tinggalkan komen di blog kawan² maya ni tak pernah pun niat nak menang hadiah ke apa. Saja suka², seronok nak berkawan/berbual wpun sekadar di alam maya. Tapi bila dah tertulis rezeki kita, ianya tetap datang kepada kita 🤲🏻

Dan untuk rezeki kali ni, dapat hadiah Tupperware dari Kak Mulan! 

Dah la Tupperware, warna hijau pulak tu. My favorite color kiranya double joy la alhamdulillah. 

Sebenarnya pagi tu Ummi dah berderau darah Ummi, Kakak letak bekal dia dlm bekas Tupperware Ummi, bukan tipuware macam selalu. Agaknya dia pun dah kalut, capai je Tupperware tu. Nak suruh tukar bekas dah tak sempat, dah masuk kereta dah. Berdoa je la Ummi supaya bekas tu selamat pulang ke pangkuan 😆

Alhamdulillah Tupperware Ummi selamat, dan Allah tambah lagi sebiji untuk Ummi, melalui pemberian dari Kak Mulan ni :) 

Besar ye saiz Tupperware ni. Ummi ada satu warna ni juga, sebijik sebijan orang kata tapi saiznya lebih kecil. Mak vs anak la bandingannya :D 

Dalam Tupperware tu ada tissue cover dan lunch tote bag.Alhamdulillah semuanya cantik² dan functional

Lurvv sangat corak pada tote bag ni ... 
Motif bunga dan burung. 
Buka bag tu, eh ada lagi souvenir. Keychain from Turkiye alhamdulillah. 

Tqsm Kak Mulan ❤️
Semoga Allah luaskan dan mewahkan rezeki utk Akk sekeluarga, diperkenankan segala hajat dan dipermudahkan segala urusan 🤲🏻 

Tahniah utk pemenang² lain juga. 

16 comments:

  1. Tahniah PH, bertambah koleksi tupperware...semoga murah rezeki Kak Mulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok dapat hadiah kan. Lagi seronok dapat barang kesukaan :D

      Delete
  2. Alhamdulillah...Tahniah PH!
    Segar ceria Tupperware warna hijau. Ngam pulak dengan yang dah ada di rumah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki.
      Itulah lepas ni boleh gandingkan dua² :)

      Delete
  3. Alhamdulillah. Hehe sayang tidak hendak guna tupperware itu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jenis guna, bukan simpan wpun sayang. Sayang tu takut hilang je, tapi guna tetap guna. Rugi rasanya ada barang elok tapi disimpan saja 😁

      Delete
  4. Alhamdulillah...tahniah PH...
    setakat hari nie, anak2 tak pernah lagi lah tertinggal bekas makanan...tp jarang bawak pun...sebab diorg tak nak bawak beg lain..nak sumbat semua dalam beg skolah...mana maunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak² Akk pun jarang tertinggal bekas makanan. Tp sebab bawa Tupperware auto Umminya risau 😆

      Delete
  5. Alhamdulillah selamat sampai. Moga terima seadanya 😍

    ReplyDelete
  6. Tahniah, PH. Alhamdulillah, rezeki. :)

    ReplyDelete