Monday, 24 February 2025

Makan Kenduri @ Pusat Komuniti Setiawangsa


Atok Man sekali lagi menjemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan anakandanya. Kali ni giliran yang bongsu. Rasanya ini kali ketiga kami makan kenduri Atok Man. 

Selesai majlis Aku Janji Abang, kami ke sini. 

Lawa dewannnya, berhawa dingin. Memang sesuai nak buat majlis dan kenduri kendara. 

Tempat ni baru, serba serbi cantiklah kan...
Lokasinya sebelah Aeon Keramat (AU2). Kami pun kali pertama ke sini.

Kami sampai waktu puncak dalam pukul 1 t/hari, tetamu tengah ramai. Keluar masuk keluar masuk dewan cari tempat duduk, last² duduk je di luar dewan ni. 

Semua sedap; nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, masak lemak ikan masin dan sambal sotong kembang. 

Aneka kuih muih yang disediakan. Jambu batu asam boi dan apam balik antara yang jadi rebutan. Dua² Ummi tak ambil, malas nak beratur. 

Usai makan, kami minta diri. 
Asalnya nak ke Aeon sebelah tu tapi cuaca panas betul, plus dah azan Zohor malaslah nak menyinggah. Balik rumah terus. 

Buah tangan dari tuan rumah. 
Terima kasih atas jemputannya. 
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 

23 comments:

  1. Nampak tapai pulut di situ, sedapnya 😋

    ReplyDelete
  2. Nampak lauk dan dessert kenduri semua sedap. Moga pengantin bahagia selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap² belaka.
      Aamin utk doanya

      Delete
  3. Sedapnya ada masak lemak ikan masin. Tapi kalau kita, kenapa tah, nak jugak makan nasi minyak, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH tamak, amik nasi minyak makan dgn masak lemak ikan masin gak 🫣

      Delete
  4. semoga bahagia hingga ke jannah... ameeennnnn

    ReplyDelete
  5. Menu yang banyak. Kalau saya air teh tarik mesti ambil.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Nikmat, lepas makan nasi minyak, pekena teh tarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh ... Kalau kat kenduri tu ada teh tarik, wajib la nak try hihi

      Delete
  7. Boleh x nak cakap SA idamkan nasi dan lauk kenduri ni...xde lak jemputan dalam masa terdekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak 🙏🏻
      Nak tunggu kenduri kahwin ni mgkn lepas raya nanti la pulak SA kan...

      Delete
  8. Suka tapai pulut. Cantik la deco cermin dan bunga kat belakang tu.

    ReplyDelete
  9. Duuuh menu catering ya nampak menggugah selera sangat 😍😍. Nasi minyak dan lauk pauknya memang fav saya juga. Tp baru bisa makan ini kalo ke Palembang. Di sana banyak jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap lauk kenduri, mgkn vibe kenduri tu buatkan rasanya lebih enak ...

      Delete