Cadangnya lepas hantar Walid ke stesen LRT pagi tadi, Ummi nak singgah beli di gerai berhampiran 7-E SG.
Kami panggil Nasi Lemak 7-E :)
Keluar je dari rumah Walid cakap, kita pi beli NL7-E dulu nak? Boleh bawa pi ofis.
Pucuk dicita ulam mendatang lah kan...
NL7-E ni sedap, sambal dia pedas. Tak beranilah nak letak sambal terus atas nasi, memang minta asingkan sambal. Tapi sebab pedas tu yang jadikan ianya sedap. Pagi² memang beraturlah orang nak beli nasi lemaknya termasuk pelanggan² bukan Melayu.
Abang bawa balik sebekas kuih Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban. Acik petugas masjid suruh ambil. Nasi lemak pun disuruh Abang bawa balik sebab nak habiskan, nak bawa keluar mi dan bihun pulak. Tumpang merasalah Ummi pun.
Dan balik Maghrib tadi, Abang Angah bawa balik Nasi Kandar Kudu sorang satu. Allahu, lumayan rezeki hari ni alhamdulillah.
Semoga bertambah rezeki para pemberi dan diperkenankan segala hajat mereka 🤲🏻
Semoga murah rezeki pemberi.
ReplyDelete