Tuesday, 11 February 2025

Cuti Hari Thaipusam

Boleh dikatakan cuti Thaipusam hari ni cuti yang cukup efektif untuk kami sekeluarga. 

Awal² pagi Walid dan Kakak keluar brisk walk sekitar kejiranan. Ummi dan Adik berkebun.

Berbunga! 
Excited sungguh bila pokok² berbunga atau berbuah. 

Alih juga anak cili dan tanam serai. 
Masalahnya time ada mood nak tanam² pokok ni, tanah pula habis! Anak cili ada beberapa pokok yang nak dialihkan, selain bawang² yang dah bertunas. Kalau tanam dapat juga merasa daunnya In Sha Allah. 

Kemudian, kami bersarapan di medan selera, berjanji temu dgn Walid dan Kakak :) 

Ummi makan lontong. 
Depa lain makan nasi goreng. 

Balik rumah sambung lagi aktiviti kami. 
Walid basuh si Queen.
Ummi dan gegirls kemas beranda. Depa sorting buku² dan toys. Adik dah tak main dah semua toys tu. Then Abang Angah tolong vacuum pulak. 

Lepas Zohor, sambung lagi projek balut buku. Selagi sekolah tak buka, selagi tu lah ada² je hal sekolah nak diuruskan, kan? 

Petang cadangnya nak bawa the boys gunting rambut tapi penat uruskan buku² agaknya, depa pakat lena. Ummi pula marathon gosok baju berbakul² :) 
Penat tapi seronok bila kerja semuanya setel. 








3 comments:

  1. Alhamdulilah...

    Cuya takde aktiviti apa2 menarik pon dirumah, tapi uruskan buku juga masukkan dalam ziplock , buku baru beli.

    Rindu nak balut buku sekolah secara manual hehe

    ReplyDelete
  2. Cantik kejadian anak pokok cili tu. Semoga membesar dengan sihat.

    ReplyDelete
  3. Alaaa... biar la boys rambut panjang macam uncle... hehehe

    ReplyDelete