Wednesday, 12 February 2025

Ke Pekan Sehari Temerloh


Tepat tekaan SK 🫰🏻
Tujuan utama kami ke Temerloh ni sebenarnya nak ke Pekan Sehari @ Pekan Sari Temerloh yang beroperasi setiap Ahad seawal jam 7 pg hingga tengahari. 

Kali pertama kami ke sini 14 tahun lepas. Kemeriahannya seakan masih sama :) 

Kami sampai awal. Ada peniaga baru nak set up khemah, ada yang tengah menyusun barang jualan dan ada yang dah mula terima pelanggan. Kami gerak ke hujung dulu... 

Rambang mata dah tengok pelbagai jenis ulam/sayuran... 

Kacang Itik, boleh dibuat masak seperti kacang munggai. 

Kalau bawa lori, mau juga beli petai ni :D 

Ikan patin segar, udang sungai, ikan salai macam² ada... 

Masih lengang, masih bebas lagi kami berjalan sambil² berhenti tengok² apa yang menarik.

Tikar mengkuang dan beg yang cantik². 
Jamu mata je... 

Asam Katok, lejen ni...

Madu berserta sarang lebah.

Kuih-muih tradisional negeri Pahang. 
Tak beli...
Walid beli samosa dan vadai. 
Ummi beli tapai pulut dan lepat labu. 

Sedap 👍🏻 

Penat berjalan, patah balik area medan selera tu kami sarapan dulu. Orang makin ramai tapi masih okay nak berjalan. 

Sedap² la roti canai orang Pahang buat. 
Yang ni sedap, yang dekat Restoran Anita malam tadi pun sedap. 

Dah kenyang jom sambung lagi perjalanan. Kali ni kira patah balik ke arah stadium. 
Tedia, ramainya manusia 😁

Mujurlah dah membeli awal² tadi.
Tak selesa nak beli² kalau terlalu crowded macam ni. Nak cepat² beredar je Ummi ni kalau sesak² gini. 

Belah² sini ada akar kayu, barangan kulit, bundle, anak² pokok ...


Kalau ada tanah, boleh beli tanam di kebun kan anak² pokok pisang ni. 

Ni laluan masuk dari Esplanade. 
Kami tak lalu sini sebab kami ikut tangga dekat pagar kecik stadium. 

Masa sampai around 7.30 tadi parking masih kosong tapi bila nak balik, penuh! 

Pintu B stadium dibuka untuk pengunjung guna tandas. Angah sempatlah berposing tepi stadium ni. 

Adik pantang jumpa kucing... 

Stadium Temerloh. 

Dapat beg mengandungi risalah berkaitan ajaran² sesat yang diedarkan oleh Jab Agama Islam Negeri Pahang. Ummi dapat warna putih, Walid dapat warna merah. 

Alhamdulillah seronok, puashati dan syukur dapat tunaikan hasrat nak ke sini lagi. Kalau boleh tiap² minggu nak mai ahahaha 😆 

Tips dari Mama Nurin;
1. Kena datang awal ✅
2. Parking dekat Stadium Temerloh ✅

Sangat berguna dan membantu khususnya bagi kami yang tak suka bersesak² dan malas nak parking jauh² :D

Jemput singgah 🤗

18 comments:

  1. Madu dapat, sarang dapat, lebah nya dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga sekor dua dalam sarang tu. Uncle nak? Hehe 😂

      Delete
  2. Aduhh..orang SG dah sampai dulu ni...Orang NS tengah duk fikir2 nak pergi esok ni..tapi Temerloh masih blom dapat confirmation dari Menteri Kewangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat² pujuk MK tu :p
      Tapi Ahad je SA, jgn salah hari :D

      Delete
  3. Bestnya! Saya suka pergi tempat-tempat macam ni. Setakat ni, tak pernah lagi pergi pekan sehari temerloh. Walaupun pernah duduk jengka 3 tahun, sebab dulu waktu bujang, belum timbul keinginan. Dah tua, baru suka pergi. Macam-macam ada, yek. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye macam² ada...
      Biasalah masa muda tak minat kot pasar² ni hehe

      Delete
  4. Haaa.. yeyyyy! Wah, dah 2x PH pergi ya. Sy tak berpeluang lagi ke Pekan Sari Temerloh, teringin nak makan kuih² tradisi org Pahang, katanya kat situ jer ada jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kali pertama 11 tahun dulu SK :)
      Senang² datanglah rasai sendiri kemeriahannya 🤗

      Delete
  5. Ya Allah macam-macam jual. Petai itupun macam sejambak besar.

    ReplyDelete
  6. Menarik Pasar Sari tu, kerap gak tengok member-member pergi situ.
    Kuih tradisional Pahang tu member pernah tunjuk. Katanya ada 3 beradik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai org² Lembah Klang turun ke sini lately, nak rasai suasana pasar ni.
      Betul, kuih 3 beradik.

      Delete
  7. Kuat tarikan Pasar Sehari ni ya, sampaikan PH ke Temerloh semata-mata nak ke sini.

    Siap ada jual anak pokok pisang, memang rare!

    Saya pernah sekali je ke sini, penat berjalan sebab luas tapi seronok dapat tengok pelbagai jualan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PU, dah lama sangat nak revisit this place :)

      Betul, luas tempatnya. Kata kawan dlm 2km stretch nya

      Delete
  8. Kalau singgah sini saya pun teruja PH. Ya Allah petai tu. Sejambak camtu mesti murah ya. La ni kadang 3 tangkai je dah RM10.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa bawah RM100. Tapi itulah x muat kereta nak beli pun.

      Delete
  9. Aissssh kalo nak kesini nampaknya perlu sewa mobil saya supaya mudah kemana2. Teringiiin sangat. Menarik tempatnya kak. Saya paling suka kalo ada pasar begini.

    Petai yg mereka jual, kalo rumah saya di sana, dan beli lah itu 😄😍

    ReplyDelete
  10. Banyak benda baru ni kalau Cuya pergi... CUya bukan pandai pon bab ulam2..

    tikar mengkuang tu function kalau ada majllis, ibu suka beli

    ReplyDelete