Sunday, 23 February 2025

Aku Janji SPM 2025

Bila sekolah dah dibuka, mulalah pelbagai program dan aktiviti sekolah anak⁴ nak kena join

Sabtu pagi...

1. Majlis Aku Janji SPM Abang 
 

Ada sarapan disediakan untuk parents tapi kami dah bersarapan di rumah. 

Terus menuju ke dewan.

Alhamdulillah program berjalan lancar dan ikut schedule

Ikrar pelajar. 

Mak ayah pun baca ikrar juga.
Nak anak² berjaya, mak ayah pun kena berkorban juga. Kena sentiasa bagi sokongan dan galakan, kena sediakan ongkos, DOA dsbnya. Takpe Abang, kita sama² lalui dan hadapi  perjalanan dan perjuangan ni ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Seronok dan sebak pulak tengok masing² dah besar, matang... Habis SPM hujung tahun nanti dah berpisah bawa haluan masing-masing. Ummi doakan SEMUA berjaya dengan cemerlang dan dapat banggakan dan bahagiakan ibu ayah masing². 

2. Perjumpaan Halaqah Warsh 

Ustaz Halaqah Abang ajak buat sesi temu mata katanya. Pertama kali mak ayah Halaqah Warsh ni berjumpa ramai² gini. Berkopiah putih tu Al Fadhil Ustaz Mohammad Rozie Rejab, penceramah yang selalu muncul di TV. Anakandanya pun sama halaqah dengan Abang dan Ustaz pun guru pembimbing haji kami dulu. Rezeki kami la dapat juga tumpang berkat Ustaz. Doa dan kata² motivasi dari Al Fadhil Ustaz mudah-mudahan dimakbulkan Allah SWT dan jadi perangsang untuk anak² khususnya Halaqah Warsh ni. 

Hebat² anak² ni...
Ada yang juara bertahan tarannum peringkat kebangsaan utk sekolah², ada yang team nasyid juara ASEAN, ada yang naib Johan MQSS (hafazan), sukan dsbnya. Alhamdulillah kata UR setiap tahun ada sumbangan dari anak² HW untuk sekolah. Abang kali ni nak cuba nasib dlm MQSS. Mudah-mudahan ada rezeki Abang menang nanti ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Semoga cemerlang semuanya dalam apa jua bidang, khususnya utk SPM 2025 ye Gexxin ๐Ÿ’ช๐Ÿป

2 comments:

  1. Semoga kejayaan mengiringi perjalanan anak² spm tahun ini khasnya abang dan rakan².

    ReplyDelete