Wednesday, 12 February 2025

Temerloh Kami Datang!

Dari Kuala Gandah, kami ke Bandar Temerloh, nak buru patin tempoyak :p

Ikut jalan dalam, dalam 30 km rasanya. 
Sayang, kami terlepas peluang nak berhenti di Titik Tengah Semenanjung untuk merakam kenangan di situ. Ingatkan sekadar gelaran untuk Temerloh, rupanya ada monumen yang dibina di titik koordinat tersebut. 

Kami sampai di Bandar Temerloh sekitar jam 1.50 ptg. Cuaca panas berdenting, trafik pun sesak. Pusing² nak cari tempat makan, tapi dek kerana sesak dan panas membahang, tak jadi nak makan di kawasan medan selera tepi sungai ni. Pusing² akhirnya kami singgah di sebuah kedai makan bersebelahan Masjid Ubudiah, Batu Satu. 

Kedai biasa je tapi makanannya sedap² 👍🏻
Ikutkan Cik Ayu dan Mama Nurin ada bagi cadangan kedai² makan sedap di Temerloh ni tapi kami main terjah je masuk sini. Malas nak ke kedai² viral peak hour gini, plus cuaca panas lagi. Perut pun dah mula lapar, pukul 2 dah kan...

Patin Tempoyak hanya tinggal kepala 2 ketul.
Tak cukup, Ummi ambil juga bahagian isi ikan patin goreng balado. Ambil juga ulam pucuk ubi dengan sambal belacan. Menangis makan; sebab sedap dan pedas kaw² 😂

Otw nak ke homestay, singgah beli Coconut Shake Bossku. Lega tekak dapat minum CS ni. 

Yang depan original, untuk Ummi. 
Yang lagi 2 CC Special, ada sirap coklat dan taburan kekacang utk anak⁴. 
Beza harga singgit je. 

Sebelah petang kami keluar semula ambil angin di tepi sungai. Teringin juga nak naik bot tapi ramai orang, plus dah lewat petang. 

Jadi kami jalan² ambil angin je... 

Pokok Hujan-Hujan ni dah berusia lebih 100 tahun. 

Ummi, moon 👆🏻

Ada car boot sale depan Petronas tu...


Dah nak Maghrib jom la balik ke sarang...

Sempat lagi 'tersesat' di kedai dua ringgit pat kupang ni. Beli tissue, wipes, plastic sampah semua untuk kegunaan di homestay. Barang² gini beli je, kalau tak guna pun takpa, boleh bawa balik ke rumah sendiri. 

Tapau dinner di kedai ni. 

Sedap dan besar portion makanannya. Setiap bungkus tu boleh share 2 org. Alhamdulillah kekenyangan. 

Lepas makan solat semua, Ummi masuk beradu. Tak sabar nak tunggu esoknya 🤗



23 comments:

  1. Linda tak reti makan ikan patin..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Patin....alaaaa....nak kena pi Temerloh jugak ke nanti...dari Kuantan ke Temerloh jauh x agaknya...nak check google maps jap la

    ReplyDelete
  3. Esoknya tu mesti nak pergi Pekan Sari, kan??? Bestnya ikan patin.

    ReplyDelete
  4. Dulu pernah singgah di monumen titik tengah tu, tapi belum buka. Tengok dari luar jelah.

    Suka tengok pokok hujan-hujan, cantik kanopi pokok.

    ReplyDelete
  5. nieyl weekend lepas pergi Janda baik, makan ikan patin jugakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Janda Baik dekat sikit, boleh la je sana kalau craving lagi :D

      Delete
  6. Nasib baik semua tempat makan diterjah sedap. Alhamdulillah seronok baca PH sekeluarga berjalan.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah ikan patin sedapnya PH. Berselera makan dengan ulam-ulaman dan sambal belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap Ena nak² tengah lapar hahaha...
      Tapi ikan patin tu mmg sedap, both yg masak tempoyak dan goreng tu.

      Delete
    2. Baru teringat, dulu ke Temerloh saya makan kat Gobang Maju. Dah lama dah tu. Tapi....saya pun suka ikan patin sebenarnya. Saya suka makan bahagian ekor.

      Delete
  8. Rasanya kalau masuk mana-mana kedai makan yang jugal ikan patin tu mesti sedap sebab kat Temerloh 😅
    Pernah masuk kedai yang viral.... makaihhhh... pedas betul... apatah lagi diberi juga sambal belacan. Sambil makan lap peluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak, asalkan di Temerloh mesti sedaplah kan. Ori orang kata :)
      Makan sambil lap peluh tu nikmat. Itu tandanya sedap hihi

      Delete
  9. Sedapnya patin tempoyak. Pernah juga makan di kedai tak viral, semua pun sedap jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai biasa² ni pun sedap je sebenarnya. Sy lagi suka sbb tak crowded :)

      Delete
  10. walaupun temerloh tu dekat dengan kami, tp jrg sgt kami ke sana.. huhuhu.. padahal kakak ipar balik stp dua minggu sekali ke sini dari temerloh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah Lady, seronok.
      Bawa anak2 ke water park sebelah Stadium tu mesti diorg suka

      Delete
  11. Makanan kampung begini yg saya suka kak. Memang penasaran dengan rasa tempoyak di sana. Apa sama dengan tempoyak di sini. Sama2 durian kan?

    Kalo tempoyak di sini saya sukaaa, tp biasa dibuat sambal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, dibuat dari durian.
      Apa di Indonesia juga ada tempoyak? Bestnya 👍🏻

      Delete
  12. aisehh memang nak kena plan cuti2 msia laaa lps ni...teringin plak bila baca entries PH

    ReplyDelete