Hari ni breakfast dengan Walid di Restoran Tuu Dok Ko 1488.
Kue Tiau Goreng ni sedap. Goreng panas² bila kita order. Jarang kedai buka order goreng² pagi² kan ... Dengan telur mata tu, RM8.00. Kue tiau jenis kecik² ni Ummi suka.
Walid cuti hari ni sebab nak ambil anak² di asrama. Berbagi tugas sebab takut jalan sesak almaklumlah Sri Gombak ni 'kawasan panas' tatkala cuti sekolah dan cuti perayaan. Warga Pantai Timur nak balik kampung, sama ada melalui Tol Gombak atau jalan lama (ikut Bentong), kami turut terkena tempiasnya :D Ummi ambil Adik Kakak pun keluar 45 minit awal, takut traffic jam. Jalan Gombak tu tengah rancak dgn construction ECRL ye...
Jalan biasa lurus, dilencongkan sikit. Hati² yang nak lalu sini.
Semoga semuanya selamat dalam perjalanan dan dipermudahkan segala urusan 🤲🏻
Selamat bercuti!
Cuti sekolah ni ngadap jem ajelah
ReplyDeleteBetter duduk rumah diam² je Wak hehe...
DeleteCuti sekolah ada yang balik kampung, ada yang bercuti memang jem la sana sini.
ReplyDeleteItulah pasal :(
DeleteYa memang sesak, semalam kami dari Kuantan pukul 6, petang Jumaat nampak di Bukit Tinggi dah slow kereta dari KL. Kuetiaw goreng memang favorite.
ReplyDeletePakat mula travel dah kan Akk... Aliran trafik meningkat la kan
DeleteSeram betul bila lalu tempat construction cam tu....
ReplyDeleteBetul Uncle, mmg risau sangat :(
DeleteAnak² bercuti, PH pun dapatlah lunjur kaki kan. Kita pun dah boleh bayangkan macammana punya sesak kat Gombak tu.
ReplyDeleteCuti sekolah sibuk jadi caterer pulak SK 😂
DeleteTapi syukurlah anak⁴ dah besar, dah boleh diharap :D
tudokko tu antara our port utk beli mknn kelate pagi2 ;)..pg ni pun tadi gi tapau nasi berlauk kat situ
ReplyDeleteMemang sedap kan makanan dekat sini MZ
DeleteSA baru perasan dh cuti sekolah...masalahnya Dania x cuti kan..hehehe....
ReplyDeleteOh ya?
DeleteNanti Abang masuk u pun mesti cuti tak sama dgn adik³ dia dah huhu
Betul, cuti sekolah jadi macam malas nak berjalan, sebab sesak di sana-sini, termasuk shopping complex. :D Salam kenal, Puan Hazel.
ReplyDeleteSalam kenal :D
DeleteTerima kasih singgah di blog PH 🌹