Sunday 22 September 2024

Abang Al Hafiz

هذا من فضل ربي 

Alhamdulillah detik yang Ummi Walid tunggu² akhirnya tiba juga. 

Tahniah Abang, antara 15 terawal (12/147 murid) khatam hafazan dalam batch-nya dan yang ketiga dalam halaqahnya. Dapat sijil dan duit dari sekolah. 

Alhamdulillah 3/10 org anak² halaqah Ustaz Rahim dah khatam. Tahniah Ustaz dan ibu ayah Afiq & Luth.  Insha Allah lagi 7 orang pun tak lama dah... Semua berlumba² nak khatam cepat sebab nak fokus kepada akademik pula bila naik F5 nanti. 

Ramli, Ajis, Sudin 😁
Berkawan baik sejak F1 dan alhamdulillah ketiga²nya dah berjaya khatam hafazan 30 juzuk. Luth & Abang memang berlumba² nak khatam, kalau boleh nak sama² khatam. Tapi rezeki Luth khatam 30/8, Abang pula Isnin 2/9/2024 (28 Safar 1145H)

Sebagai tanda kesyukuran, kami buat kenduri kesyukuran sikit, jamu anak² halaqah dan guru² halaqah F4 Jumaat 6/9 lalu. 

Nasi Lemak Ayam Goreng utk Ustaz/Ustazah Halaqah F4 serta kawan² halaqah Abang. Ikutkan nak jamu satu form, tapi bajet tight ☺️

Jadi, utk kawan² Abang yang lain, Ummi order cheese tart. Pakat rasalah sorang sikit ye. Nak makan banyak², kenyang² datang rumah, Ummi masak 🤗

As usual, kalau dessert Ummi akan order dengan Acik Solehah. 

Ada kek juga, Ustaz beli untuk celebrate birthday Abid & Muaz. 

Sedikit tanda mata untuk Ustaz. 
Sangat² hargai usaha Ustaz membimbing Abang dan terima kasih banyak sangat dekat Ustaz yg sentiasa menyantuni anak² dgn baik dan sentiasa meraikan mereka. Rezeki anak² Halaqah Warsh dapat guru halaqah yang sangat sporting

Terima kasih kawan² maya yang selalu doakan Abang & adik³-nya 🌹 
Semoga segala kebaikan berbalik juga kepada semua.




13 comments:

  1. Alhamdulillah... Tahniah Abang dan Umminya..

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar! Alhamdulillah.. tahniah, PH. Tahniah3 abang!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah abang!tahniah juga umiwalid yang hebat

    ReplyDelete
  4. tahniah Abang ..bila kwn2 sama2 khatam juga lg seronok

    ReplyDelete
  5. Masyaa Allah.. Alhamdulillah putera soleh kebanggaan ummi walid

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tahniah... Sejuk perut ibu dan tenang hati ayah.. bila anak berjaya menghafal seluruh quran.. semoga menjadi anak yg soleh dan ulama yg disegani.. amin

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, Masya Allah tabarakallah! Tahniah buat Abang 🎉 sejuk perut sis mengandungkan anak2 soleh dan solehah 😊

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..tahniah abang.

    PH doakan LM dapat 2 lagi anak al hafiz ye lepas ni. nak train aish dan syahim ,lepas acha khatam terus semangat nak suruh dua kecil tu pula ikut jejak si kakak

    ReplyDelete
  9. Wah tahniah Abang! 30 juzuk lagi.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah terima kasih semua 🌹

    ReplyDelete
  11. Alhamdulilah. Bila dah khatam ni dan amalkan pula ayat2 sucinya....senang la ilmu nak masuk ni PH...insya Allah...moga jadi anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah, bagusnya. terbaek laaa

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah Abang, tahniah... Masyaallah.
    Tahniah buat ummi dan walid juga.

    ReplyDelete