Sunday, 29 December 2024

Minum Petang @ Mahallah Bilal, UIAM


Sambil tunggu Abang habis program, kami lepak dulu di D'Mama Cafe, Mahallah Bilal. Mahallah ni kolej kediaman la kalau bagi U lain. 

Nama² mahallah diambil sempena nama² para Sahabat; Ali, Farouq, Nusaybah, Sumayyah antaranya. 

Cantik dan bersih.
Cafe ni berkonsepkan gerai². 

Hari tu tengok dekat TT ada orang review Cafe ni, itu yang datang ni alang² dah ada dalam UIA. Nasi campur rasanya takde tapi ada nasi bajet, Nasi Kak Wok, nasi Arab... 

Harga affordable  dan lebih murah sebab target customers students kan. Bayar pakai QR semua. 

Try order pepperoni pizza saiz S, 4 keping. 7 ringgit je. Cheesy juga tapi sos banyak sangat, don't like 🙏🏻 Ummi lagi suka pizza dekat Mahallah Ali. That one foreigner buat, lagi sedap bagi Ummi. 

Adik order Ayam Popcorn. 
Set ni ada fries sekali (RM5).  Ayam dan fries tu terlebih garing la pulak 🤭 

This is the winner
Sizzling Yee Mee ni recommended sebab sedap, setanding dgn kedai dekat² mall tu. RM8 je. Cili potong pun depa bagi. Kalau teringin sizzling/hot plate bolehlah ke sini. Murah & sedap 👍🏻

Selain makanan² ni, kami tapau juga Nasi Goreng Kampung + Telur Mata utk Abang. RM7-7.50 camtu. 

Asar pun dah masuk, solat la dekat Masjid UIA ni... 

Abang habis program, solat pun dah terus gerak ke asrama. 

13 comments:

  1. my zharfan stay kat mahallah Ali..memang mknn semua harga student rate dan sedap2 jugak

    ReplyDelete
  2. Lama nya x jejak UIA hahaa... dulu kemain payah nak masuk, skrg ni sejak ada cafe2 kemain senang je nk masuk ye haha

    ReplyDelete
  3. Tak pernah masuk lagi kampus UIA. Mesti best kan suasana kampus. Akak suka jalan-jalan dalam mana-mana kampus IPTA ni, vibes dia lain macam hehehhe

    ReplyDelete
  4. Murahnya harga makanan semua. Sesuai dengan poket student dan porsi pun sesuai utk seorang makan.

    ReplyDelete
  5. harga yang murah dapat mengurangkan kos hidup para pelajar yang belum ada pendapatan yang lumayan

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn uncle, harga mesra student... lamanya x mkn mknn dalam kampus

    ReplyDelete
  7. Moga nanti anak PH yang sulung masuk UIA untuk meneruskan pengajiannya.

    ReplyDelete
  8. Murahnya harga makanan, ye la of course for student rate kan..kang mahal2 kesian student

    ReplyDelete
  9. Husband akak pernah 2 kali bawa kami ke cafe UIA tapi tak ingat mahallal mana. Sedap makanan dan harga pun affordable untuk student.

    ReplyDelete
  10. Enak banget sizzling tu. Terasa aromanya.

    ReplyDelete
  11. Harganya "mahallah," ke "murahlah"...🤣🤣🤣...namanya unik

    ReplyDelete
  12. Harganya "mahallah," ke "murahlah"...🤣🤣🤣...namanya unik

    ReplyDelete