Thursday, 26 December 2024

Jalan² di Zahara Garden, Gopeng


Alhamdulillah kali ni kami tak hadap heavy traffic. Pukul 7 pg di Tol Jalan Duta, pukul 10.15 kami dah sampai di Gopeng. Alang² banyak masa lagi, kami singgah di Zahara Garden ni. 

Zahara Garden ni tempat tarikan terbaru di Gopeng. Masa kami buat family day di Rock Garden & Himalaya Camping Resort tahun lepas rasanya ZG ni belum dibuka. Tak jauh pun dari Plaza Tol Gopeng, dlm 10-15 minit drive

Sama jalan masuk nak ke HCR tapi utk ke ZG kena ambil simpang kiri ke Kg Jelintoh. HRC pula kena terus ke depan, ke Kg Sg Itek. Jalan nak ke ZG tak mencabar macam jalan nak ke HRC. Dari simpang ni nak ke ZG  dalam 5 min drive je. 

Tiket;
12 tahun ke atas : RM25/person
12 tahun ke bawah: RM15/person
Total tiket kami: RM 130
Dapat kalendar 2025 satu 👍🏻

 Di sambut oleh 2 ekor rakun. 
Tapi maaf la, Ummi tak suka kalau haiwan dikurung dlm sangkar kecik gini. Nak² haiwan yang biasa hidup dlm kawasan yang besar dan bebas spt hutan tu. Mungkin pihak ZG boleh buat sangkar/kandang besar utk depa 2 ni. 

Tarikan utama di sini semestinya alpaca. 
Ini juga yang menarik hati kami utk ke sini, nak tengok alpaca. 

Tak pernah takut dengan haiwan. Dialah terpaling berani dan teruja nak sentuh² alpaca ni. Abang of course tak nak masuk. Kandang ni agak berbau jadi bukan kegemaran dia 😆

Comel kan? Bercekak pulak dia 😆

Ada beberapa ekor alpaca di sini. 

Dalam kandang yang sama juga ada beberapa ekor biri². Jinak² semuanya tapi ada pulak poo poo dan shishi merata² haha... 

Biri² yang sekor ni kena duduk luar kandang, sebab suka sondol orang 😆
Yang alpaca tu pula nampak pintu situ terbuka, nak juga keluar. Macam²... .

Kita tinggalkan alpacas & sheeps, nak explore tempat lain pulak dalam ZG ni... 

Tengok bukit ni, teringat bukit di HCR. 

Tempat ni cantik, banyak port nak bergambar...

Kecewa juga, rumah hobbit ni replika je :p 

Ni dalam Animal Farm. 
Boleh bagi makan haiwan² spt rabbit & birds. 1 peket makanan haiwan tu RM1 je. 


Ada pondok² utk berehat dan bergambar. 

Flying fox murah sangat, RM20 je utk adult. Children RM18. Ni staff tengah check peralatan sebelum para pengunjung dibenarkan cuba permainan ni. 

Ikan koi. 
Habis beringgit² jugalah bagi haiwan² dlm ni makan 🤭
Belakang tu ada bas pink, boleh naik utk bergambar dalam tu. Ada macam² lagi spot menarik utk bergambar. 

Lastly, kami masuk kids room ni. Disediakan gambar, pensel warna dsbnya untuk anak² mewarna. Bilik ni berhawa dingin, Ummi pun tumpang sekaki sebab nak aircond :D Takde orang, kami dgn adik sorang tu je. 

Lukisan yang diwarnakan tu bolehlah lekat di dinding bilik ni. 

Baguslah idea ni. Ummi suka and first time rasanya Ummi jumpa tempat outdoor yg sediakan aktiviti begini dlm premis mereka. 

Ada cafe; cantik, luas dan selesa nampaknya tu. Kami tak masuk, sebab agenda makan di tempat lain lepas ni. 

Beli aiskrim ja buat basah tekak :D 

Masa masuk tadi,  ada photo booth. Kami bergambar di situ dan masa nak keluar ni belilah gambar sekeluarga. Sebab gambarnya cantik dan kami pun dah lama tak print gambar sekeluarga. Last masa di Muzium Padi dua tahun lepas. 

Untuk gambar ni berabis jugalah RM70. Satu daripada gambar tu dalam bentuk fridge magnet. Oklah tu, boleh simpan sebagai kenangan. 

Zahara Garden 
Lot 43500 Kg Jelintoh 
31600 Gopeng
Perak Darul Ridzuan 
Waktu Operasi: 8.00 pg - 6.00 ptg
Website Zahara Garden: Zahara Garden


 

 








30 comments:

  1. Seronok kan ada tpt2 mcm ni. bahagia ibu bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak² yg seronok sebenarnya :)
      Mak ayah tumpang je hihi

      Delete
  2. Nampak enjoy bawa anak2 kat sini. Boleh berinteraksi dengan haiwan. Alpaca tu satu je kena berhati-hati. Kalau dia rasa terancam....dia meludah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye?
      Mujurlah kami tak buat perkara² yg dia marah. Semua nampak jinak & manja, datang ke kita minta diusap²

      Delete
  3. Comel je alpaca tu. Banyak jugak aktiviti dalam tu ye. Best jugak tu ambil gambar family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula tu rasa tak berbaloi bayar tiket mahal tapi bila dah masuk tu, byk tarikan dan it's worth the fee

      Delete
  4. tu la baru je lalu kat TT kita tempat ni.. macam menarik juga.. so next trip bole singgah

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ye Linda... Bawa la anak³, great experience for them to interact with these animals esp alpacas tu

      Delete
  6. Baru tau pasal tempat ni, rupanya baru dibuka.
    Yelah PH, sedih pulak kita tengok rakun tu dalam sangkar kecik.

    Alolo…comel sangat haiwan alpaca. Tak pernah tengok depan mata. Menarik sungguh.

    Banyak jugak RM melayang tu PH, tapi tak ternilai dengan kenangan yang tercipta bersama keluarga tersayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya sementara je la depa dok dlm sangkar kecik tu :(
      Banyak 💸 tapi bila ada macam² dlm tu berbaloi rasanya. Plus anak⁴ pun happy sungguh esp dapat tgk alpacas tu, worth it la

      Delete
  7. Wah, macam mini zoo. Baru tahu ada tempat ni di Gopeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tempat baru :)

      Tq Tot, sudi singgah 👍🏻

      Delete
  8. Replies
    1. Kalau datang area ni singgahlah MZ... Byk port bergambar 😁

      Delete
  9. Malaysia ni banyak tempat menarik untuk dilawati kan. Banyak juga tempat yang kami tak pernah sampai. Bila baca blog kawan-kawan baru tahu kewujudan tempat-tempat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang macam² tempat menarik dan unik wujud. Cantik² pulak tu :)

      Delete
  10. Mak ai! Banyaknya ikan koi!

    Sihat2 juga alpaca hidup kat sini kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sihat belaka Uncle hehe
      Sesuai kot cuaca dan persekitarannya

      Delete
  11. Ibu geram je tgk Alpaca tu PH. Kami pn x sampai lg ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu kat Perak kan, bolehlah weekend trip hehe

      Delete
  12. Sekali sekala berhabis untuk cipta kenangan manis why not kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ammi... Kadang kena enjoy juga unplanned activities camni

      Delete
  13. Comelnya alpaca tu siap pakai cekak..SA pun pencinta haiwan..memang akan leka kalau pi mana2 tempat ada haiwan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alpacas sini pun jinak² dan manja. Memang minta diusap pun hehe.

      Delete
  14. Menarik alpaca tu.. tak pernah jumpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak tempat ada bela haiwan ni Kak...

      Delete