Wednesday, 4 December 2024

EnviRUNment 2024

Excited ye menunggu event ni... 
Lama tak masuk fun run atau pun berkarnival begini

First time datang sini. Dulu namanya Bukit Cherakah. 

Ramai yang dah sampai.
Dari jauh dah nampak SA, sempatlah sapa. Nak berborak lama tak bolehlah, member tengah bertugas 😁

Masa regi, kena bawa 7 botol plastik dah 7 tin minuman.Then dapatlah tiket untuk lucky draw

Berzumba dulu sebelum run  💪🏻

Buah hati pengarang jantung ❤️
Abang Angah PB, Kakak pula takde tuition jadi bolehlah semua join. Seronoklah sama² dapat cipta kenangan masuk EnviRUNment ni. 

Lets gohhhhh
Kitorang dah berpecah dah masa ni pun... Angah dengan Kakak di depan, depa nak lari. 
Walid dengan Adik tengah², kejap lari kejap jalan. Ummi dengan Abang, jalan santai² kat belakang ☺️ Abang memang function dia sebagai bodyguard Ummi. Mana² pergi memang dia akan mengekor Ummi. 

Dah start mendaki ...
Ingatkan trek landai, rupanya naik bukit turun bukit ye. Ramai yang pancit kat sini 🤭 Maybe tak expect kena hike, physically & mentally unprepared, rasa down sekejap. Rasa macam nak patah balik pun ada hahaha... Dalam kelompok Ummi tu ada few parents yang bawa anak² kecil, bawa baby, push stroller pun ada. Power diorang, salute

Jadi, Ummi yang bawa diri (dan lemak 😂) ni kena kuatkan semangat, teruskan perjuangan gitewww... 

Patah semangat semula bila tengok lagi 4km! 
Macam dah lama berjalan, rupanya baru sekilo 😅

Bukit Saputangan. 
Comel nama dia... 

Water station
Depan tu kena mendaki lagi, then turun trek yang agak bercerun. 

Baby dalam stroller ni dok main chuk chak pulak dgn Abang haha ... 

Empangan Air Kuning 
Ada empangan rupanya kat sini....


Chaiyok

Sampai sini lagi santai kitorang jalan. Berborak je kerjanya dengan Abang. Dia cerita jam dia hilang, kisah dinner Pengawas, cerita pasal dunia di ambang perang, nak kiamat semualah hihi... 

Sayang tengok tempat ni kurang terjaga. Besar sangat kot...

Nampak lembu... 
Teringat seladang dekat Pusat Konservasi di Sungkai yang kami lawat hari tu. Duduk dalam kandang macam ni. 

Alhamdulillah, akhirnya selepas sejam lebih sikit kami kembali ke pangkal jalan. Pelepasan jam 8.25, sampai 9.33. Walid and younger kids dah sampai ± setengah jam awal dari kami. Oklah tu, tak target nak menang ke apa pun. Just nak enjoy & support the event je. Dah sampai penamat pun rasa bangga dah dengan diri sendiri. Once a while bila kita push ourselves from our comfort zone rasalah kepuasannya tu kan. Syukur juga, seminggu sebelum tu dah pergi berurut, alhamdulillah kaki tak cramp and lutut pun tak sakit esp dekat bukit tadi tu. 

Jumpa SA dekat finish line ni but again, tak bergambar juga :( Adik Kakak dah serbu Ummi. Dan Ummi pun nak mencari tempat duduk haha... 

Organizer sediakan nasi lemak, sandwich dan air; mineral water dan Revive. Jumpa Aunty A, dia tak lari tapi nak perform (nyanyi) katanya. 

Ada beberapa acara yang diadakan dalam bendang ni. Antaranya bola baling wanita, bola sepak lelaki, acara tangkap ikan pun  ada. Habis berkeluboq/belemoih depa hat masuk 😁

Acara tangkap ikan lampam. Ummi nampak 2 tong ikan lampam dilepaskan dalam petak sawah tu. Ada juga kids pool depa set up dekat sini, memang happening la untuk budak². Then ada multiple food vendors

Yang jadi rebutan ramai hari tu...
Ummi siap bagi duit dekat Abang Kakak, rupanya semua makanan & minuman percuma! Free flow pulak tu, memang puashati. 
Sayang organizer 🤗

 Then ada acara penyampaian hadiah. 

Hadiah utama skuter elektrik. Ni prop je, pemenang nanti pergi claim dekat kedai kot. Gitulah dengarnya. 

Walid setialah menunggu kot² nombor kami  naik, manakala Ummi dengan anak⁴ ke Dewan Pelawat, tempat makan minum disediakan.

Meriah ye dekat sini...Selain food vendors, ada karaoke juga. AA nak karoks kat sini la kot. 

Tempat cantik dan selesa. Ada bilik berhawa dingin juga. Tandas yang disediakan pun bersih. Rasanya dewan ni boleh disewa untuk wedding or apa² function. Lupa nak snap gambar dari anjung ni. Nampak bendang dan pokok² cantik 👍🏻 

Makanan sangat mewah ye, dengan pelbagai pilihan. 

Eloklah organizer letak reminder begini... Sebab memang rambang mata nak pilih. 

Kueu tiau tu paling win. Sedap sampai sekarang dok teringat² hihi ... Ada juga kambing golek. 

Murtabak Singapore pun ada. Sedap murtabak kering² camni.

Fish & Chips. 
Ada cendol, apam balik dan gula kapas. Tak termakan semuanya. 

Hero² dok angkut kopi tu. 
Uncle I pun berkenan, pergi cari juga :D 
Tahniah bro, menang voucher Ikea RM500 🤩 Hadiah best² ye, ada yang menang air fryer, hadiah percutian ke Langkawi, barangan Habib, TV...  Kami? Belum rezeki :D 

Alhamdulillah it was an excellent event, congrats semua yang terlibat 🌹











17 comments:

  1. Tengok gamabr2 kat sini sama macam SA. Event yang besar nampaknya ni dan fish & chips tu dari mana kalau PH tahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut kata SA, itu Soodap Fish & Chips dari Sg Tangkas. Ezna tau ke? Viral katanya

      Delete
    2. Tq PH terus baca kat SA.....ya betul Soodaap dan rupanya memang saya pernah tengok kat youtube. Owner dia pernah kerja kat Dublin jadi dia balik Malaysia dia buat fish & chips. Memang teringin nak makan yang ni cumanya tak pergi lagi ke tempatnya. Dia jual tepi jalan.

      Tq PH! :)

      Delete
  2. Wah.. Meriah event nya.. Hadiah pun betul2 puas hati.. Makanan semua.. Eh, berbaloi lah

    ReplyDelete
  3. Masa nama dia bukit cerakah, pernah la uncle sampai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama je tukar, tempatnya masih sama Uncle hihi 😁

      Delete
  4. Tahun depan kena join lagi…mana tau menang grand prize pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin 🤲🏻
      Kalau ada mmg nak join lagi, best :D

      Delete
  5. Wowww.. syabas PH berjaya menghabiskan larian/jalanan akhirnya.
    Dulu zaman muda² kerap gak ke TP Bukit Cherakah tu. Berjalan sampai empangan. Bila nak balik tak larat jalan tunggu tram ramai².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Target berjaya habis je Kak, takde nak kejar medal bagai. Sedar diri hikhik
      Oh Akk biasalah dgn tempat ni ye...

      Delete
  6. Selamat melarikan diri
    mengejar makanan enak2

    ReplyDelete
  7. Saya sempet baca juga di tulisan kak SA kalo dia ketemu kak pH di sana Krn suami kakak di malakoff juga yaa ☺️.

    Seruuu sangat acara company kalian. Apalagi yg main di lumpur itu 😂. Yg baba fun run, rutenya mendaki pula yaa 😄😂. Dah macam marathon

    ReplyDelete
  8. SA kat Finishing line tu jaga anak orang...hahaha....setuju bab makanan memang superb...bagus urusetia makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay la tu SA tlg jaga..., yg follow mak ayah pun ada yg balik naik motor. Jauh sian budak².
      Tak leh move on dgn food dia, semuanya mabeles!

      Delete
  9. sronok dpt join event fun run ni..lg sronok dpt makanan sedap haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MT...
      Kalau buat sebulan sekali pun takpa, gini punya best hahaha

      Delete