Bila tengok VTT Mai Sarah, nampak senang je beliau 'masak shellout'. Abang dan Angah balik cuti sekolah dan kebetulan ada udang dan sotong dalam freezer, terus on la.
- Bila mendidih masukkan sotong/udang/seafood, biar seketika hingga bertukar warna/separuh masak. Angkat dan toskan.
- Masukkan pula brokoli dan carrot, rebus hingga layu/lembut. Angkat dan toskan. Tutup api.
- Dalam periuk/kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar halus hingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan pula 2-3 sudu makan pes kari ikan/ayam dan sedikit air jika perlu. Tumis hingga pecah minyak.
- Pecahkan telur dan masukkan ke dalam periuk. Gaul sebati.
- Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa secukupnya.
- Masukkan seafood dan sayuran yang telah direbus tadi. Gaul sebati semuanya. Sesuaikan rasa dan tutup api. Siap!
Makan bersama Chicken Buttermilk dan nasi putih. Rancangan asal nak buat nasi goreng tapi nasi putih lebih rendah kalori kan?
Alasan malas nak goreng nasi 😆
Selamat mencuba 🤗
Kalau dah makan shellout mmg kena makan dgn nasi putih.. barulah terasa akan kesedapannya hihii
ReplyDeleteSedapnya shell out. Lama tak buat ni. Nanti nak buat la.
ReplyDeleteHuishhh.. kalah kat kedai ni, PH. Mesti anak⁴ PH makan bertambah².
ReplyDelete