Sunday, 22 December 2024

Hari Kanak² SRAI 2024


Back to back program sebelum cuti sekolah bulan 12 ni. Mula dengan Minggu Panitia Sains, yang ada petting zoo dekat school, bersambung pula dengan Sambutan Hari Kanak² pada Jumaat. Sambutan Hari Kanak² ni acara wajib kot di sekolah sekarang ni. Setiap tahun ada. Malah sekolah Abang Angah yang dah menengah tu pun ada. 


Hari Kanak² 2023 tema tradisional

Dah takde idea dan malas dah Ummi ni nak gayakan anak² haha... Mujurlah depa pun tak cerewet, pakai nak jadi cikgu je. Senang, pakai baju kurung sudah. Kakak mula tu nak ajak cari blazer, nak jadi lawyer dgn geng² dia. Ummi suruh dia pinjam dgn Mel. Tak jadi pulak, katanya pakat nak jadi cikgu belaka. Lega Ummi haha... 

Cg Farey & Tr Nana tu femes dekat TT kan :D 
Ada jamuan juga, konsep potluck. Ummi order creampuff Acik Solehah sorang sebekas. 

Ini kelas Kakak. 
Setiap kelas kena bawa max 2 biji kek. Cikgu² kelas Kakak yg bawa, murid² bawa makanan lain. 

Barisan bakal kakitangan kerajaan, swasta, guru², arkitek, pemain bola professional, pelukis, peguam... Zu, yang baru balik umrah nak jadi mutawwif. Allah, sejuk perut ibunya ☺️

Makanan Kakak bawa balik...
Cikgu awal² dah pesan suruh bawa bekas utk tapau makanan. 

Sejadah super cantik pemberian Zuq utk kawan² sekelas. Semoga luas rezeki selalu hendaknya buat Z sekeluarga 🤲🏻

Kelas Adik ramai yang bergaya. Murid² tahap 1 excited sikitlah kan. Setiap kelas cikgu pilih 2 pemenang. 

Adik pun bawa balik aneka makanan. 

Alhamdulillah terima kasih ibu ayah kelas Kakak dan Adik yang berkongsi rezeki. Katanya jamuan ni sekali terus dengan jamuan akhir sesi sekolah bulan 1 nanti. 





5 comments:

  1. Rasa mcm tak de sambutan hari kanak2 kat sek my razeen thn ni or may be i terlps pandang🥹😅

    ReplyDelete
  2. Seronok kan..anak SA kat Johor tu mula nak jadi polis special, last2 jadi askar..hahaha...Zaman Dania dulu macam xde plak sambutan macam ni..2-3 tahun nije ada macam2 sambutan kan

    ReplyDelete
  3. Seronok zaman mereka ada sambutan zaman Aqil dulu tak ada sambutan mcm ni dkt sekolah. Kalau tak tu ntah apa lah baju yg budak Aqil request nak pakai. Mesti best kan.

    ReplyDelete
  4. wah meriah makanan. anak saya pun minggu lepas cikgu BM belanja dorg makan sebab semua lulus BM

    ReplyDelete