Elok je habis UASA kena pulangkan buku teks. Dah checked senarai buku semua, alhamdulillah ada. Adik Kakak bawa buku ke sekolah Jumaat sebelum kami ke Johor seperti yang cikgu kelas depa pesan.
Adik kena ganti buku English ni sebab dikira rosak. Page depan ni koyak.
Sebenarnya koyak tu dari awal Adik terima buku tu, dan Ummi ada suruh dia maklumkan kpd guru kelas. GK kata boleh guna lagi. Jadi kami accept buku tu. Bila nak pulangkan, ada pula cikgu lain minta beli ganti buku ni sebab dah rosak. Menang tak elok dah condition-nya, Adik pun peminjam ke-7 dah ๐
Kita pun gantilah.
Mahal buku Supermind ni, dekat² RM40.
Siapa yang dapat buku baru ni jaga elok² tau ๐ค
Buku teks Kakak pulak semua elok dan cukup. Masa pulangkan (kawan tolong buatkan), cikgu tak nak terima sebab buku zakat takde. Buku tu takde dalam senarai, manalah tahu kena pulangkan. Buku zakat ni JAIS bagi sebenarnya. Alhamdulillah buku tu ada dalam simpanan Kakak. Yang hilang kena bayar ganti rugi, 3 ringgit lebih je...
Since hari agihan buku tu kami masih di Johor, Ummi dok fikir juga mesti Adik Kakak dapat buku tak berapa eloklah... Mesti kawan² pilih buku cantik² baru² hehe.... Tapi alhamdulillah rezeki depa, dua² dapat buku elok.
Semua pun dah cantik berbalut, alhamdulillah.
Anak Cie pun sama dapat buku rosak. PM cikgu nak tukar masa dapat tu cikgu kata guna je. Jangan nanti nak pulang suruh ganti memang tak adil la. Cie simpan gambar buku rosak tu nak tunjuk kat cikgu kalau suruh ganti nanti. Hampir semua buku dia rosak.
ReplyDeleteSilap juga Akk tak PM cikgu masa terima buku tu dulu. Suruh Adik je jumpa cikgu. Kalau parent cakap ni maybe cg tukar yg lain.
DeleteMacam tak adil pulak, kita org ke 7 dapat buku tak elok tiba² kena ganti baru. Tapi tak apalah, semoga Allah swt gantikan dgn kejayaan yg berlipat kali ganda utk anak⁴ PH.
ReplyDeleteTu la kita niat wakaf je la buku tu SK. Silap juga tak PM cikgu masa dapat buku tu dulu :(
DeleteCam tu pulak? Takpe lah... ganti dengan niat yang baik-baik
ReplyDeleteTakpelah Uncle, rezeki utk orang lain. Kita redha :D
DeleteDulu time Dania selalu dpt buku baru sebab time Dania je silibus baru. Tapi...jaga elok2 siap balut cantik2.
ReplyDeleteDapat dekat org yg pandai jaga eloklah bukunya kan. Tp buku teks skrg elok banyak dr zaman kita dulu kan
DeleteBuku superminds memang mahal... Belum lagi pulang buku, tapi UASA dah selesai
ReplyDeleteYang mahal tu pulak la nak rosak pun haha
DeleteKadang-kadang pelik kan..kita dapat buku elok jaga elok2..tp ikut nasib gak..kalau ada nasib baik dpt semua elok..x ok dpt tertanggal kulit la..kesedaran perlu di pupuk part jaga buku ni la...semua org nak guna kot kan
ReplyDeleteAtas org juga SA. Yg pandai & hargai buku tu mmg elok je bukunya wpun bukan peminjam² awal.
DeleteBuku supermind antara buku yg termahal kan, kalau sy dpt buku teks rosak, saya terima je tapi nanti beli baru untuk anak pakai, x sedap pulak belajar buku rosak, nanti hujung tahun kalau cikgu suruh ganti bagi je buku yg anak dah pakai, tapi selalunya cikgu x mintak ganti pun sbb saya suka repair buku rosak, haha
ReplyDeleteItulah PH lurus sangat ๐
DeleteTak terfikir nak beli yg baru siap², at least dapat Adik guna dulu kan. Takpelah belajar dr pengalaman:D
Buku teks Sejarah Khilfi awal2 ammi belikan yang baru. Pastu dia tanya buku yang dapat nak buat apa? lebur je dalam tong sampah, ammi sedekah je buku ni. Buku dah tak ada index, tak ada banyak pages. Dah serupa roti kirai
ReplyDeletePernah juga beli buku baru dekat Abang dulu, sbb yg dia dapat tu dah tak rupa buku ๐คญ
DeleteMemang tak suka kalo dapat buku yg sudah tak layak pakai kan. Di sekolah anak saya pun sama. Kadang kalo dah jelek, saya suruh minta tukar. Krn takutnya di akhir masa pengajaran, jadi disuruh ganti. Ganti tak apa, tapi tak suka kalo dianggab yg merusakkan buku ๐
ReplyDeleteYe betul kadang kita pulak yg disalahkan, sedangkan buku tu mmg tak elok dari awal.
DeleteSamalah kita... Byk buka yg nk di renovate kan hahaha... Cikgu siap pesan buku semua kena ikat dgn tali.. kalau takde cikgu tak nak terima.. ada lah juga dekat 6 buku nak kena balut semula sebab dah terkoyak..
ReplyDeleteRutin hujung2 sesi sekolah kan Ustaz hehe
Delete