Saturday, 2 November 2024

Breakfast @ Kedai Marvelous

Finally tahu juga nama kedai makan yang famous di Taman Melati ni. Ada rakan maya bagitau 👇


Cumanya tadi masa nak order Ummi nampak staff-nya pakai baju bertulis Nasi Campur T. M. Tukar nama kedai ke atau sekadar promosi di baju, Ummi pun tak pasti. Tertera juga tagline kedai di baju yang dipakai; The Best Nasi Campur in Taman Melati. Rasanya Ummi setuju, sebab nasi campur dekat sini memang best. Banyak pilihan lauk 👍🏻

Ummi pilih soto. Sedap, sampai nak licinlah hirup kuahnya tu. Sambal kicap pun sedap. Kakak ambil set mee kari tapi dia minta letak kuah soto. Untuk mee kari dan soto ni depa dah letak siap² dalam mangkuk. Bila customer nak baru dituangkan kuahnya. Angah ambil nasi lemak + sambal sotong + rendang ayam + telur mata. Baru exercise sejam, makan macam ni 😅

Abang pun nasi goreng segunung 🤭
Regu dengan Sambal Tempe + Kentang+ Kacang Panjang. 

Walid ambil nasi putih + kari daging + telur dadar. Adik pula nasi lemak + rendang ayam kampung + telur mata. Habis sepinggan dia makan. Anak⁴ Ummi semua tengah membesar, semuanya selera besar belaka sekarang ni 😁

Airnya 3 air kosong (depa bagi gelas berisi ais & air mineral 500ml), limau suam, Horlicks ais, Teh O dan kopi O. Harga makanan & minuman semuanya RM54. Okay kan harganya? 




15 comments:

  1. Dulu suka makan kedai ni, ada bebrapa kali kami pergi dia asyik tutup terus tak datang dah. Boleh pergi semula lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Rezeki kami la diorg buka hari tu...

      Delete
  2. Pehhhh.. mee kari kuah soto ke? Lain dr yg lain tapi mmg ada soto guna mee kuning, fav jugak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dia minta letak 'kuah sup' macam Ummi :D Tapi set-nya Mee Kari la. Ada telur rebus, sawi hehe

      Delete
  3. Sudah exercise kena reload karbo lah ummi ( ni ayat nak kurangkan rasa bersalah)😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya exercise tak sbrp pun kak, makan lebih hahaha

      Delete
  4. Ok sangat tu harganya ...Dah la nampak sedap semua..Semoga banyak la tempat makan macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kami terkejut juga. Selalu koman² pun sorang 10 ringgit. Harap depa maintain la harga lagi ni

      Delete
  5. wauu nmpak sdap lah soto tu.. makan pulak panas2

    ReplyDelete
  6. Dah banyak yg saya catat tempat2 makan yg sekiranya sedap di KL. Moga2 bisa coba juga saat saya ke KL lagi 🤤😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Fanny ? Bagusnya kamu 👍🏻
      Bila plan mau datang KL?

      Delete
  7. Soto kalau letak sambal kicap memang laju je makan ni.

    ReplyDelete