Monday, 23 December 2024

Sales @ Giant Batu Caves

Giant Batu Caves (GBC) ni dengarnya nak berpindah ke tapak baru di Sri Gombak. Tak tahulah nak sedih ke nak happy 😅 SG ni sedia maklumlah traffic jam sedia² esp during weekends. Kalau ada Giant pulak nanti, aduduuu bertambah sesak agaknya huhu... 

Tanah kosong tempat fun fair tu ....
Berhadapan Petron, bersebelahan dgn Thaqwa dan Mr Diy. Setakat ni belum ada construction lagi, tapi banner dah naik. 

Jadinya sekarang GBC ada sales. Tak pasti la moving out sale ke YES. Janji ada sales ahak! 
Boleh tengok TT GBC, banyak promo yang dibuat. 

Ada diskaun up to 80%. Of course 'makcik' tergoda ahahaha 😆 

Bahagian pakaian ni murah² juga. Bolehlah nak beli baju² utk anak². 

Ummi grabbed juga buku How to Avoid Common Errors in English. Kakak dah chup nak baca buku tu 👍🏻

Uniform sekolah pun ada diskaun 👍🏻

Ubat gigi Zaitun kembali mewarnai pasaran 👏🏻
Ummi beli, dapat dlm harga RM11 gitu utk 2 pek. Kebanyakan toiletries & groceries ada discount bermula 10% tak salah. Boleh la nak top up stock kan. 

Ummi pun leka shopping, tak ambil gambar dah bila masuk section groceries :p 
Tapi dari pemerhatian kami ada yang lebih murah, ada yang lebih mahal dari kedai² biasa kami beli. 

Tertarik dgn set sudu garfu ni sebab lengkap dengan pisau tu kan. Harga RM10, bila bayar RM8 je. 20% discount alhamdulillah. Rugi pulak beli 1 set je :D 


Jumpa kiub cili giling jenama Sudee. 
Beli 1 nak try. Masa masak shell out di rumah hari tu Ummi try masukkan 1 kiub. Merah elok warnanya cuma tak pedaslah. Mungkin kena letak lebih. Selain kiub cili giling ni ada juga kiub cili api dan kiub santan. Nanti Ummi nak pi beli :D 

Hasil tangkapan ☺️
Susu Goodday tu murah, RM5.99 je itu yang beli 2. Anak⁴ esp the boys suka minum susu jadi Ummi beli utk stok cuti sekolah. 

Bumbu Babah, kedai Ajak. 
Tak buka lagi time kami pergi tu. Memang berhajat nak makan di sini. Soon Insha Allah sebab Ummi nak repeat shopping :D 




7 comments:

  1. Alamak seronok beli barang harga murah.

    ReplyDelete
  2. Lama x pi Giant..nak pi tengok la kat Senawang..ada sales ke tak..mesti ada kot kan..wah Ajak Shiro tu buka kedai?menarik...

    ReplyDelete
  3. orang buat sale....kita raikanlah kan... apa lagi. jimat poket

    ReplyDelete
  4. so far lom sempat usha2 lagi apa yg sale kat giant tuuuu

    ReplyDelete
  5. Bertambah sesak la Sri Gombak nanti bila giant buka kt situ...nmpk gk signboard aritu .....syok bli brg bila sales tu

    ReplyDelete
  6. Eh macam best jer sampai 80% diskaun tu.. nak pergi la esok hahaha :D

    ReplyDelete