Wednesday, 4 December 2024

Yuran ~ PIBG, YMA & KISB

Alhamdulillah lega bila dah berjaya selesaikan yuran² Abang. Yuran sekolah dan buku² alhamdulillah dah selesai awal² buka sekolah bulan 3 hari tu. Angah pun sama. 

Yuran PIBG 
Kena tunggu kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri kot, selepas meeting PIBG. Tak silap Ummi la sebab yuran PIBG ni lepas bulan 7/8 gitu baru keluar surat. 

Okay juga macam ni, tidaklah 'sesak' sangat awal² sesi sekolah nak kena setel-kan semua. 

Ummi ingat lagi masa kecik dulu, berapa Tok dan Tok Wan struggle nak siapkan duit yuran sekolah kami. Nak² Tok penoreh getah, bila hujung tahun hujan macam ni memang 'tak leh motong' le ... Tak leh motong tu tak boleh keluar menoreh maksudnya :D Bila tak dapat menoreh, tak dapatlah jual getah sekerap. Tapi alhamdulillah Paklong dah kerja masa tu. Dialah yang tanggung belanja sekolah Ummi dan arwah Pakcik. 

Yuran Makan Asrama 
Ini pula YMA. 
YMA ikut pendapatan parent
(RM4999 ke bawah bayar RM1/sehari dan >4999 bayar RM3/sehari)
Rasanya standard kot semua sekolah berasrama bawah KPM ikut jadual ni. 

Zaman Ummi dulu bayar YMA ikut bilangan hari dalam bulan tersebut, bayar bulan². Contoh Jan ada 31 hari (31 x RM1/sehari) + duit asrama kot RM3. Tok Wan bagi RM50 je sebulan. Setel bayar YMA, baki tu la Ummi berjimat untuk sebulan ☺️ Form 2 dapat biasiswa, alhamdulillah. 

Yuran KSIB F4 
KSIB = Kumpulan Sarana Ibu Bapa
Ada juga sebut kumpulan sokongan. Tujuannya nak membantu sekolah terutamanya dalam melaksanakan program² yang boleh meningkatkan prestasi pelajaran anak². Setiap tingkatan ada group-nya. Macam KISB Angah takde buat kutipan setakat ni. Mungkin baru F1 kot. 

Dalam mesyuarat dah setuju untuk kutip RM40/pelajar. Banyak ye belanja untuk kecemerlangan anak² esp utk persediaan SPM nanti. Yuran ni kami bayar ansuran, sebab bulan 7 kot baru mula kutip. Kalau mula kutip dari awal Jan, takdelah tertunggakkan. Takpe, yang penting dah jelas.

Dulu ada yuran untuk ambil SPM kan ... Seratus lebih, tak ingat exact amount. Nama Ummi kena mentioned dengan guru kelas, antara beberapa orang yang belum bayar yuran SPM. Gelabah, takut tak dapat ambil SPM. Rupanya Paklong dah datang sekolah, bagi duit kepada PK. Ummi terus jumpa PK HEM, tapi Abah (panggilan utk PK) kata takde, dia tak terima apa² duit. Nak nangis dah huhu... Rupanya Paklong passed dekat sorang lagi PK 😅 

Dan terakhir duit majalah sekolah. RM25 untuk 1 keluarga. Kalau lebih dari seorang anak dekat sini, beli 1 naskhah je. Abang kata ada 4 gambar dia dalam tu. Tunggulah dapat majalah nanti, Ummi nak tengok hensem ke tidak anak Ummi ni :p 


10 comments:

  1. Yuran KISB/person.. Jenuh gak tu..
    Sekolah dedek /family, RM80
    Sekolah rendah /family, RM70

    Sekarang dok kira2 untuk next year pulak, semoga dipermudahkan segala urusan kita.. Aamin2x

    ReplyDelete
  2. Kalau di sekolah Khilfi PIBG memang awal tahun kita dah tahu (sekolah dia RM640)...pengsankan? tapi boleh bayar 4kali ansuran.

    Batch dia juga ada buat sumbangan batch (kitorang agree sebulan RM10 sorang) jadi tiap pelajar ada RM120 setahun. Ini utk program-program dorang. So tak perlulah tiap kali program parents keluarkan duit lagi. Ini pun dah start menabung utk yuran next year. mujur juga pibg sekolah kyra 1/2 dari sekolah khilfi. kalau takkkkk bertambah koyak poket abah ammi

    ReplyDelete
  3. SA minggu depan Dania naik Sem 3...kena berurusan dengan KWSP jugak...kena bayar yuran asrama dulu..kemudian baru yuran pengajian RM5K plus...

    ReplyDelete
  4. kalo sekolah asrama lg mcm2 yuran kena byr kn...smoga dipermudahkan segala urusan...dlu2 zaman kita majalah sekolah...skarang mcm tkde plak

    ReplyDelete
  5. Yuran sekolah anak² utk tahun ni alhamdulillah selesai. Untuk sekolah abang, sy dah mula bayar yuran tahunan utk sesi 2025 secara ansuran. InsyaAllah tgl 1 kali bayar je lagi. Sekolah benarkan 4 kali bayar. Tahun depan, abg ngah akan masuk sekolah sama. Termenung juga tengok yuran. Utk 2 org, yuran tahunan sahaja lebih RM 5k. Tapi utk sekolah agama asrama swasta dlm KL, dgn fasiliti & infrastruktur yang lengkap,yuran tahunan dan bulanan masih boleh dikira rendah lagi. Semoga Allah cukupkan semuanya buat kita semua. Amiin ya mujiib.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, syukur². Semoga abang memberikan hadiah kejayaan atas pengorbanan walid dan umi.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah setel dah... gitu lah selagi anak bersekolah, masih mengisahkan yuran mereka.

    ReplyDelete
  8. Selagi ada anak bersekolah, inilah yuran2 yang kena bayar. Dulu2 kalau perempuan bayar lebih sikit sebab kena bayar sanicare. Kalau dah masuk Uni....yuran lain pula menyusul. Moga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah.

    ReplyDelete