Know² sampai ke Tanah Jauhar π
Rabu 11/12 SRAI cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor. Walid pula ada tugasan di Johor jadi kami pun ikutlah.
Anak² dah minta izin cikgu kelas masing², sebab date kami datang ni clashed dengan hari pemulangan dan penerimaan buku teks. Cikgu² kata boleh pulang buku teks awal dan ambil buku pula Khamis lepas cuti umum ni. Habis je UASA, terus kena pulang buku, cepat betul kan...
Banyak kereta dua² arah; utara dan selatan dekat Plus highway ni. Kami gerak lepas Zohor, melawat dulu Abang Angah di asrama.
Paling teruk, area Sedenak tu, banyak betul kereta.
Sebelum tu singgah sat dekat R&R Seremban yang baru reno ni. Walid je turun, Ummi malas sebab gegirls tidur. Depa tidur dari KL, sampai Johor baru bangun π
Before checked in hotel, kami makan malam siap².
Hotel kami area Puteri Harbour ni.
Sejuklah dekat sini. Cuaca redup je...
Lepas mandi pool, Adik tidur sampai petang haha... Cuaca redup, sesekali hujan gerimis. Memang sedaplah tidur kan...
Ikutkan nak tunggu Walid balik kerja, pergi dinner terus. Tapi Adik dah lapar, bawalah keluar cari makan.
Walid bawa jalan² lepas balik kerja...
Lalu je la, tak sampai hati nak singgah sebab Abang Angah tak ikut π
Kemudian Medini pula...
Lepas tu Bandar Puteri. Tak singgah mana² pun, sekadar ronda². Nak ke JB pun orang balik kerja, sesak kata Walid.
Malam dinner dengan lauk yang Walid bawa balik dari event. Ikutkan kenyang sebab lunch pukul 5 tapi sayang kalau tak dimakan membazir pulak. Lauk pun sedap²; ayam masak lemak, kari kambing, ayam goreng, asam pedas ikan merah dan udang masak sos. Nak simpan dalam peti ais pun, nanti takde siapa nak makan. Dah ada rancangan untuk breakfast dan lunch esoknya tu.
Ni hari pertama, hari kedua dah balik KL. Tapi sempatlah menyinggah beberapa tempat. Stay tuned π€
#Maaf tak sempat contact kawan² blogger JDT, masa sangat terhad ππ»
Best tu jln2 cuti2 msia
ReplyDeleteOtak2 dan sata sedapnya.
ReplyDeleteknow2 arrive...oh sekejap je dh balik ye...sata pn ada kt johor ye...biasa otak2 yg femes
ReplyDeleteEh...ooo En H pergi event tu...wah seronoknyaaaa PH dan anak- anak ikut...Medini tu tempat suami SA part time 3 bulan sebelum pindah Seremban..dia tau la area tu dia orang Johor..SA x pernah explore area tu lagi...maybe minggu depan balik JB kot tengok anak bertuah sorang tu..
ReplyDeleteTak sampai hati singgah sebab tak complete ya PH?. Otak2 kalau makan memang sedap. Saya pun suka. Terminal feri tu mungkin boleh ke Batam. Kalau naik dari waterfront JB pula boleh ke Batam dan Tanjung Pinang (Bintan), Indonesia pula.
ReplyDeleteOh, medini tu new township ye? Br pernah dgr
ReplyDeleteHellooo org Selangor datang Johor ke tu? Memang betullah tu, better jalan2 kat Iskandar Puteri aje, takyahlah masuk bandar JB, jammed, tapi sebenarnya kenalah tengok2 bandar, hihi. Btw, sebelah otak2 tu bukan sata rasanya tapi pepes. Dia macam otak2 jugak tapi buat dari ayam.
ReplyDeleteYe la org Johor pun turun Kedah kan? Haha, tak berjodoh kita kali ni ☺️
DeleteTq² sebab bg info, mmg dok agak bukan sata. Sbb nmpk lain. Nanti PH betulkan ππ»
dapat cuti-cuti satu malam pun jadilah, asal berjalan kan :D
ReplyDeletelama tak makan otak2, rindu pulak
Waaah senangnya bisa mampir Johor kak ❤️❤️. Saya nih belum kesampaian ke Johor. Suami dah bilang, pokoknya kalo ke Malaysia lagi, dia nak Johor. π. Soalnya teringin sangat ke Legoland dan stay di hotel Legoland itu.
ReplyDeleteAnak-anak memang pantang masuk kereta.. terus tido je ambil kesempatan. Kalau boleh mak2 pun sama hehe.. tapi mengenangkan kena teman driver terpaksa bersengkang mata walau kadang-kadang terlelap juga.
ReplyDelete