Tuesday, 19 November 2019

Seronoknya membelai haiwan di G2G Animal Garden


Lawatan ke G2G Animal Garden - MAEPS
Tarikh: 13 November 2019 (Rabu)
Fee: RM60


Hari Selasa Angah ikut rombongan ke Melaka, hari Rabu pula rombongan Pasti Kakak ke G2G Animal Garden di MAEPS Serdang. Selain Pasti Kakak, ada 2 lagi Pasti yang turut serta. Khabarnya cikgu besar pun ikut sama. 


Dua orang budak comel ni memang tak boleh berpisah 😍

Dengan cikgu kesayangan depa...

Antara haiwan peliharaan yang ada termasuklah species burung-burung seperti burung merak, burung unta dan kakak tua. Juga haiwan ternakan seperti kambing, biri-biri, rusa, angsa... Pet animals pun ada; arnab, hamster, kucing... Ada juga ular dan musang. Tapi kebanyakannya haiwan jinak-jinak je. Singa dengan harimau takde, kata Kakak :D




Konsepnya petting zoo. Ada haiwan yang boleh disentuh, dibelai dan diberi makan. Seronok depa dapat 'bermesra' dengan haiwan.


'Princess sangat' Zahra ni tau... Siap pakai topi 🤭

Cikgu pun teruja tau bagi rusa makan :) 


"busuklah Ummi **ik kambing ni" 😂😂😂


Ku sangkakan kucing, rupanya musang! 




Lawatan yang bermanfaat, alhamdulillah. Tahun lepas melawat abang bomba, tahun ni ke taman haiwan pula. Dua pengalaman yang berbeza dan menyeronokkan buat Kakak dan kawan-kawannya. 



*credit photos: Cg Wanie. 

11 comments:

  1. bestnya kanak2 tu.. sek anak sy esok.. hehehe

    ReplyDelete
  2. hijau uniform :)
    anak2 kan, sesuai la gi visit haiwan.
    mengenali alam sekitar.
    njoi la diorang tu.
    maeps ni aida lom abis jalan.
    byk jugak ekk tempat menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah tu belum habis jalan... Sy ni sekali pun belum pernah ke sana :(

      Delete
  3. Ooh tak tau pun ada animal garden kat situ. Tm60 tu bayaran masuk situ atau include tambang bas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bayaran utk semua kak.. Bas, makan minum & bayaran masuk

      Delete
  4. Aktiviti hujung tahun....lawatan. Untung jadi driver bas time ni masyukk hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Betul tu kak, rombongan sana, rombongan sini

      Delete
  5. Meriah depa dengan uniform hijau masing-masing.
    Nampak muka masing-masing happy dan excited.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, warna tu outstanding. Gambar pun nampak cantik je

      Delete
  6. seronok tu dapat tengok macam macam haiwan kat zoo

    ReplyDelete