Saturday, 2 November 2019

Hotel Casa Bonita, Melaka



Sewaktu MAMAPIPIE share pasal hotel ni di blognya, Ummi dah bookmarked hotel ni. Dari review yang diberi nampak OK hotel ni, berbaloi dengan harganya.


Jadi, bila Walid kata nak ke Melaka, terus Ummi cadangkan hotel ni. Alhamdulillah ada room available though it was a peak season (Deepavali). Bilik yang kami tempah ialah Deluxe Triple yang berharga RM168 semalam. Total Kos RM170 termasuk RM2 untuk 'Heritage Charge".

Luas dan selesa biliknya. Ummi suka tengok deko perabot dalam bilik ni yang semuanya custom made. Elemen kayu diberi sentuhan modern berserta sedikit sentuhan tradisional (almari besi style dulu-dulu) memancing minat Ummi. Yang paling Ummi suka ialah hard wood floor, sejuk je bila dipijak.



 Almari style dolu-dolu ๐Ÿ˜

Aircond controller dekat dinding. Malas nak bangun adjust, pakat berebut selimut malam tu :D 


Hotel ni ada kolam renang. Tapi ianya terletak bersebelahan dengan bangunan hotel. Kita kena menapak sikit melalui parking lot atau tangga tepi untuk ke kolam renang. Hanya ada satu kolam, bermula dengan kedalaman 0.9m, which is considered dalam for kids. Macam Kakak, paras air kolam hingga ke leher dia. Kalau Adik memang tenggelam. Tapi yang seronoknya pool ni tak ramai orang. Kalau ada pun keluarga kecil macam kami dan masing-masing ada space  sendiri. Sebab tu Ummi pun terjun kolam ๐Ÿ˜… Selain faktor keselamatan, nak jaga Kakak dan Adik Ummi rasa tempat ni quite privacy. Sebab kolam kecik kot. Orang pun tak ramai jadi sambil kita jaga anak, sambil kita menyelam. Ini baru  namanya sambil menyelam minum air hihi... But keep in mind, no life guards on duty ye.



Harga bilik termasuk sekali dengan sarapan untuk 2 orang sahaja (2 kupon) tapi Abang dibenarkan makan percuma. Alhamdulillah rezeki. Angah dengan Kakak (serta Adik), confirm lah free kalau Abang pun tak kena bayar :) Ummi bab makan ni particular, memang declare umur anak-anak sebab takut staff hotel terlepas pandang. Makanan tu kan akan jadi darah daging risau nanti tak berkat pula.

Makanan sedap dan pelbagai. Ummi paling suka staff cafe ni. Walaupun sado-sado belaka tapi very friendly and helpful :D




Bagi Ummi secara keseluruhan hotel ni OK. Cuma ada few recommendations yang Ummi tulis dalam feedback form tu termasuk minta pihak hotel lebih lenient in allowing guests to have an early check in. Tak perlu tunggu tepat pukul 2  untuk check in if the rooms are ready. Nak kata room belum ready, quite impossible sebab all guests were asked to wait until 2pm. Kalau 1-2 guests mungkin sebab rooms belum ready kan? Nonetheless, the check-in process was quite fast.

Pakat beratoq nak ambik kunci bilik. 


Selak di salah satu tingkap bilik kami tak ada, dah patah agaknya. Ummi tengah solat time tu, terdengar macam bunyi tingkap dibuka. Adik pula sedang berdiri atas sofa di tepi tingkap tu. Kalaulah dia menjenguk ke bawah sambil pegang tingkap tu, Allahu tak dapat Ummi bayangkan :( Terus Ummi alihkan sofa jauh dari tingkap dan larang anak-anak jangan berdiri tepi tingkap. Bilik kami di tingkat 4 pulak tu. So scary! Ummi dah report pada hotel thru the feedback form. Harap tindakan sewajarnya di ambil untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Door lock pun nak kena pasang semula ni... Tapi still safe sebab boleh kunci dekat tombol tu. No worries but for extra safety measures, it should be reinstalled. 


Walaubagaimanapun bagi Ummi secara keseluruhannya in term of saiz bilik, keselesaan dan fasiliti semuanya memuaskan. Dari segi lokasi, agak jauh dari pusat bandaraya atau dari kawasan tarikan pelancong tapi tetap ada kelebihannya. Anda tak akan kelaparan sebab ada Restoran Kari Kepala Ikan depan hotel je. Sebelah petang pula, ada gerai cendol dibuka pun di depan hotel. Nak sarapan pun tak ada masalah, ada gerai nasi lemak sebelah hotel. Begitu juga untuk makan tengahari. Kalau nak ke surau pun, sebelah hotel je. Kalau malas, cafe hotel pun menyediakan menu yang lazat juga, dengan harga mampu milik.


Have a nice stay.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Hotel ni dekat dengan rumah lama saya dulu. Selalu brisk walking lalu sini. Dekat situ ada jual kuih keria gula melaka. Rindunya pada rumah lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam NA
      La, ye ke... Kami lepak kat Hotel je, then keluar pergi Alai. Tak merasa pun kuih keria gula melaka

      Delete