Sunday 14 October 2018

Melawat Abang Bomba 💪💪💪


Bila dapat tau Pasti Kakak nak buat lawatan ke balai bomba semua jadi excited. Selalu parents/siblings boleh ikut sama. Ikut pengalaman Abang & Angah dulu cikgu buka juga penyertaan untuk ahli keluarga pelajar.  Tapi kali ni awal-awal Cikgu dah cakap, untuk pelajar sahaja huhu... bukan Abang & Angah je frust, Umi pun sama 😂 yelah, sesaje nak ke balai bomba tu confirmlah tidakkan. Lagipun takdenye abang2 bomba tu nak layankan kalau pergi sendiri... 


Punyalah seronok anak2 ni...selagi belum hari lawatan tu, selagi itulah dok sebut. Jenuh cikgu nak layan. Kakak pun malam tu tak lena tidur. Kejap-kejap bangun...duduk...agaknya tak sabar nak tunggu pagi kot. Pukul 5.30 dia dah tak tahan dah, terus mandi :D 

Jom layan aksi depa; 

Asyik lah berkepit dengan bff dia, Zahra

Dapat juga merasa naik kereta bomba. 

Kakak Bomba 😍



Lencun!

Terima kasih banyak kepada team bomba BBS sudi layan anak2 ni w/pun mungkin masih bersedih dengan kehilangan rakan-rakan tempohari. Tentunya ia satu pengalaman yang sangat berharga dan menyeronokkan kepada anak2 ini. 

6 comments:

  1. bestkan pergi jumpa abang bomba, anak saya pun teringat2 je, setiapkali lalu depan bomba kat BJ tu mesti dia ulang dan ulang cerita untuk kesekian kalinya kegembiraan dia jalan-jalan ke Balai Bomba tu tahun lepas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh move on lagi nampaknya tu hehe..

      Delete
  2. best nye . mesti budak2 suka. saya dulu masa kecik2 tak de peluang macam ni. huhu.. untung2 anak2 sekarang kan. macam2 aktiviti ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita DP...seingat I first time pergi rombongan pun lepas UPSR :)

      Delete
  3. dulu pun sy ada ikut lawatan ke balai Bomba.. seronok la depa kena siram dengan air bomba.. dah mcm nak berkhatan pulk hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Angah pun tanya, naper bomba siram? Nak sunat lagi ke hahaha...

      Delete