Hari Apresiasi Tahun 6 & Anugerah Kecemerlangan Murid 2019 (HAKEM 2019)
22 November 2019
Alhamdulillah ada rezeki Abang naik pentas tahun ni. Masa mula dapat first paper, BM 1 Ummi dah give up on him sebab dapat CEMERLANG. Cemerlang tu ikut pangkal huruf ye 🤭
Ingatkan dah takde rezeki Abang dapat anugerah tahun ni. Tapi setiap hari memang berdoa agar Abang dan Angah dua-dua dapat naik pentas, supaya lebih bermotivasi dan bersungguh dalam pelajaran. Tapi, belum rezeki Angah nampaknya walaupun banyak sangat peningkatan dalam pelajarannya. Sekolah depa ada Peperiksaan Akhir Tahun untuk Tahap 1 juga. Keputusan PAT inilah yang menentukan dapat anugerah atau tidak. Selain anugerah akademik, ada juga anugerah baru diwujudkan iaitu Anugerah Sahsiah Terbaik. Dari darjah 1-6 ada penerimanya, lelaki seorang, perempuan seorang. Sejuk hati bila ada anugerah sebegini. Bukan hanya kecemerlangan akademik yang dirai, tapi juga kecantikan akhlaq anak-anak juga diiktiraf.
Majlis dimulakan dengan meraikan anak-anak T6 yang akan tamat sekolah. Segak semuanya berjalan masuk. Sebak dah Ummi ni, walaupun ada setahun lagi sebelum Abang tamat sekolah. The biggest winner of the day pastinya Adik Uwais Al Qarni yang meraih pelbagai anugerah dek kerana kecemerlangannya dalam UPSR dan PSRA. Sebagai pelajar terbaik PSRA Negeri Selangor Uwais dapat durian runtuh semalam. YB Hilman Idham bagi insentif RM1000 untuk Uwais. Alhamdulillah rezeki dia. Moga jadi inspirasi untuk adik-adiknya esp batch Abang yang akan ambil UPSR dan PSRA tahun depan.
Tahniah Uwais 👏👏👏 |
Abang ni pun kena lebihkan usaha dan lebih fokus untuk UPSR tahun depan. Seram juga Ummi bila dapat tahu ramai murid harapan tak dapat straight As tahun ni Apapun berbalik pada rezeki dan kehendak-Nya jua. Yang gagal dapat 6A pun bukan tak usaha, cuma tak ada rezeki.
Takut pula Ummi nak letak harapan tinggi-tinggi, takut Abang rasa terbeban pula. Tapi itulah, sejujurnya tetap berharap agar dia dapat result yang cemerlang.
Allahu yusahhil |
Tahniah Abang!
tahniah
ReplyDeleteTerima kasih Tuan :)
Deletebetul..ammi pun suka kalau anak-anak dapat naik pentas. untuk build self-confidence dorang and at the same time motivate diri utk lagi baik.
ReplyDeleteYe Ammi...surely they will be proud of themselves and work harder to achieve more success
DeleteAlhamdulillah. Tahniah! Semoga terus maju.
ReplyDeleteTerima kasih Az :)
Delete