Saturday, 16 November 2019

Cerita Nasi Goreng Kampung & Buah Mulberry


Semalam Ummi ke kebun belakang rumah,  nak petik kangkung untuk dimasukkan ke dalam Nasi Goreng Kampung Ala Tokti (Dato' Sri Siti Nurhaliza). Resepi mudah tapi sedap ni katanya Tokti belajar dari Yatie Kitchen. Viral juga resepi ni bila Tokti kongsikan sekitar bulan puasa lepas kalau tak salah. Cubalah godek-godek IG tu, katanya Yatit Kitchen ni selalu share resepi-resepi mudah tapi sedap.

Hasil tuaian :) 

Senang je. Tumbuk bawang putih, ikan bilis dan cili api. Kemudian, tumiskan. Bila dah garing masukkan telur yang sudah dikocok.  Kacau-kacau sekejap, kemudian masukkan kangkung. Bila kangkung dah layu, bolehlah masukkan nasi. Kacau sebati kemudian perisakan dengan garam atau perisa pilihan. Ummi suka letak Secukup Rasa. Kalau takde ikan bilis, boleh guna kiub ikan bilis je. Masukkan bila bawang & cili dan garing, bukan di tumbuk bersama. Simple je kan? Tak payah guna bawang merah pun. Selamat mencuba!

Sebenarnya nak cerita pasal buah mulberry, 'terbabas pula :D Buah mulberry Ummi dah masak! Sebiji je pun, kecoh se-Malaya haha... Tapi excited sebab ini first time Ummi makan buah mulberry. 
Walaupun asal dari kampung, seumur hidup tak pernah merasa. Tengok pokoknya pun tak pernah sebab di kampung Ummi takde pokok ni. Bila dah duduk di bandar ni barulah kenal pokok mulberry. Kesian kat Ummi kan haha...

Dah ranum masak ya. 

Sedap juga buahnya, masam-masam manis rasanya. Harapnya berbuah lebatlah pokok mulberry Ummi ni, teringin pula nak rasa jus mulberry :)

5 comments:

  1. Seronok kalau hasil yg kita tanam menjadi kan..SA pun suka letak kangkung dalam nasi goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye rasa puas hati hehe...
      Tq SA singgah sini 🌹

      Delete
  2. Buah mulberry yg masak mmg sedap kan.. mudah aje ditanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye mamapp, cucuk je batangnya. Insha Allah tumbuh elok kalau kena gayanya

      Delete
  3. cili padi aida mcm x menjadik dah.
    dari tanah dialihkan ke pasu.
    terus terbantut :( sedih!

    ReplyDelete