Wednesday, 27 November 2019

Penutup Sesi Persekolahan yang Manis


Ingin Ummi coretkan sedikit kenangan manis di akhir sesi persekolahan untuk kenangan dan tatapan anak-anak di masa hadapan. Tau tak, anak-anak memang peminat setia blog Ummi. Sebab ada gambar depa :D

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) yang baik

Seronok dapat hadiah dari Ummi Walid
Tahniah anak-anak ❤️

Alhamdulillah ketiga-tiga mereka mencatat keputusan PAT yang membanggakan. Walaubagaimanapun there are still rooms for improvement especially for Abang who'll be sitting for UPSR next year. Untuk subject teras memang kena pulun esp BM. Mula tu Ummi hairan juga kenapalah BM 1 boleh dapat C, tapi bila Ummi tengok balik paper BM 1 memang tricky. Tak macam kita dulu, soalan straight forward dan pemarkahan sekarang pun sangat rigid. Abang pula bukannya jenis yang teliti, memang senanglah hilang markah.

Kalau dah BM 1 pun C, BM 2 (penulisan) takkan dapat A kot 😅 tapi takpe, BM ni kelemahan Abang lebih pada teknikal dan kena polish writing skill esp how to kembangkan ayat. Subjek Sains, Math & BI Ummi nampak peningkatan. Cuma takut masa tak menyebelahi Abang kalau tak usaha dari sekarang, time cuti sekolah ni.


Untuk subjek PSRA alhamdulillah ada 7 Mumtaz. Untuk Mumtaz, skor markah ialah >90%. Subjek agama inilah sebenarnya yang membantu Abang dapat no 1 tempohari. Alhamdulillah. Peratus keseluruhan juga meningkat dari 77.4% pada Peperiksaan Pertengahan Tahun kepada 82.4%. Ada orang kata, nombor (kedudukan) tak penting, yang penting peratusan. Betul juga tu. 

Proud of you Abang 😘

Angah pula memang Ummi impress dengan result dia. Ummi tak bandingkan dengan orang lain, tapi Ummi bandingkan dengan result dia tahun lepas. Alhamdulillah peningkatannya sangat ketara. Jika dilebihkan usaha dan kurang melawan Ummi mesti Allah bagi no 1 :D nak suruh dia belajar macam nak berperang. Ambik buku selak helaian demi helaian dari awal sampai last page, "OK, Angah dah baca habis". Amboi senangnya dia study. Makan hati je Ummi dengan dia :p tapi bila dapat result excellent haha...


Suka gambar ni sebab tu post kat sini hihi... Ada sambutan Maulidur Rasul kat sekolah, kena pakai baju melayu.

Yang ketiga, permata hati seorang ni memang rajin belajar. Tak perlu suruh, ada inisiatif sendiri baca buku. Anak perempuan kot... Bila Kakak dapat tempat pertama, dia layak ke Ujian Setara Kawasan Gombak. Tahun ni hanya tempat pertama 6 & 5 tahun sahaja layak ambil Ujian Setara.

Kakak nampak nervous :) 

 Tahun lepas Kakak no 2 tapi dapat ambil Ujian Setara dan rezeki dia sampai ke peringkat negeri. Baca sini: Kakak berjaya ke Ujian Setara peringkat negeri.
Walaubagaimanapun tahun ni rezeki Kakak hanya setakat peringkat kawasan. 

Interview Pengawas
Abang ni dah lama bercita-cita nak jadi pengawas. Tahun lepas pergi interview, tak dapat. Tahun ni pun dapat interview dan shortlisted. Adalah kemajuan sikit hihi.. Dalam 8 orang, ustaz pilih 4 orang. Sekali lagi, bukan rezeki Abang untuk jadi pengawas. Takpe Abang, dapat shortlisted pun Ummi Walid dah bangga. It means that the teachers noticed you, ada bakat ada potensi cuma takde rezeki. Tahniah buat Amirul, Acap, Khalid & Ariff yang terpilih.

Angah pun sama... Dapat juga interview. Tapi tak berjaya. Takpe, Angah ada banyak masa lagi. Tahun depan boleh cuba lagi. Gaya tu dah ada tapi banyak lagi nak kena perbaiki dari segi sahsiah dan penampilan.

Badminton Tournament 



Abang ni memang aktif. Apa saja aktiviti sekolah dia nak join. Kali ni joined pertandingan badminton sekolah pula. Main di Dewan Komuniti Ibu Kota. Cikgu angkut naik kereta, bersempit 14 orang dalam Innova Cg Talib haha... 

Comel je diorang ni bertarung sesama sendiri :D 

First round Abang menang dengan Muiz, 30-27. Second game, kalah dengan Afiq 8-30 haha... Kecik je Afiq ni tapi lincah. Wakil sekolahkan.. At the end, Umar jadi johan. Adam no 2 dan Afiq no 3. Semua ni wakil sekolah.

Sekejap je, dah nak habis minggu pertama cuti sekolah. Cepat je rasa masa berlalu kalau cuti ni. Kan? 

8 comments:

  1. wahhhhh semoga terus cemerlang. insyallah anak anak soleh dan solehah ni

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti sekolah akhir tahun

    ReplyDelete
  3. Seronok bila tengok ada peningkatan dalam prestasi anak-anak ni. Semoga berjaya untuk anak sulung puan hazel bagi menghadapi UPSR tahun depan. =)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete