Monday, 4 November 2019

Deli Muara, Alai Melaka



Seperti biasa, kalau ke Melaka tujuan utama kami pastinya hendak menikmati ikan bakar. Kebiasaannya kami hanya melawat satu dua tempat menarik sahaja.
Kali ini kami memilih Deli Muara, Alai untuk menikmati ikan bakar. Pilihan kami sederhana sahaja; siakap bakar bersambal, sotong goreng tepung dan udang butter nestum. Yang lainnya nasi lemak bungkus, otak-otak, jeli kelapa dan buah-buahan potong.




Sambal kicap power. Boleh keluaq ayaq mata.
Pedas kaw-kaw. 



Nasi lemak kosong je; nasi + sambal. 

Dan harganya...


Buah potong, otak-otak dan jeli kelapa tu bayar asing, sebab ownernya berbeza. 

Ini kali kedua kami ke Alai untuk menikmati ikan bakar. Ketika kunjungan kali pertama dulu restoran ini ditutup untuk proses 'renovation'. Kali ini ada rezeki kami bersantap di Restoran Deli Muara. Servis pantas, kedai luas dan selesa walaupun ramai orang, makanan pun sedap alhamdulillah. Deli Muara ni terletak bersebelahan medan ikan bakar awam tapi ada laluan masuk yang berbeza serta tempat parkir berasingan jadi mudah untuk parkir kereta. Di belakangnya ada sebuah restoran yang agak besar. Kami hanya main terjah sahaja kali ni. Nampak tak ramai orang waktu kami sampai dan parking pun banyak jadi kami terus decide untuk makan di sini. Walaubagaimanapun, pilihan ikan dan seafood lain agak terhad. Namun, tidak menjadi masalah kepada kami kerana kami hanya mahu menikmati ikan bakar, sotong dan udang. Itu sahaja. 


Pengunjung sedang memilih lauk. 

Hari tu makan rasa dah puas. Tapi lepas seminggu ni dah terasa nak repeat. Harapnya adalah rezeki ke Melaka lagi. Kali ni Walid kata nak try ikan bakar di Sg Duyong pula. Jom! 

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. jemput la dtg rumah kalau turun Melaka lagi :)
    call awal.

    ReplyDelete