Lawatan ke Kilang Mamee & Oceanarium, Melaka
Tarikh: 12 November 2019 (Selasa)
Fee: RM100
Sebab utama Ummi benarkan Angah joined school trip ke Melaka ni ialah kesian 😁 Ialah, Abang & Kakak ada trip masing-masing setiap tahun. Batch Abang bonding kuat, bukan sekadar sesama pelajar tapi parents juga. Jadi, banyaklah aktiviti sana-sini. Kakak pula standard tadikalah, saban tahun ada lawatan.
Itinerary lawatan. |
Kesian Ummi dengan Angah yang tengah-tengah ni. Ikutkan nak lepaskan dia tu risau juga, baru darjah 2. Tapi at the same time, I trust him. Dia boleh jaga diri disamping kawalan dari guru-gurunya. Dia nak join trip Abang tapi sebab ada aktiviti mandi-manda di water park Ummi tak izinkan. Nak harapkan Abang tolong tengokkan Ummi tak berapa yakin. Tahulah bila dah seronok dengan kawan-kawan, nanti terlupa pula adiknya. Lagipun biarlah Abang bergumbira dengan kawan-kawan dia.
Jadi, Angah ikut trip Cg Hamidah ke Melaka. Rombongan ni terdiri dari murid darjah 2, 3 & 4. Sesuailah dengan tempat yang nak dituju tu; Kilang Mamee dan Oceanarium. Dia pun seronok sebab geng dia ikut sama; Amal, Aqid, Ibrahim, Isaac & Zunnur ikut sekali. Bertambah yakin Ummi nak bagi izin sebab dia ada kawan.
Yang seronoknya rombongan Cg Hamidah ni sebab beliau sentiasa update gambar dan info tentang trip ni. Jadi, parents pun tumpang seronok tengok aktiviti anak-anak. Lebih penting, kita tahu semuanya selamat.
Mamee House @ Jonker Street |
Di sini, depa dijamu dengan Mamee. Bestnya 🤩
Kemudian ada aktiviti mewarna dan menghias cup Mamee. Dah siap boleh bawa balik.
Hasil kerja, Angah...
Sebelum balik, dapat pula goodies dari Mamee. Seronoklah depa.
Tq Mamee!
Dari situ, depa pi makan nasi ayam. Penuh restoran tu dengan anak-anak SRAI je.
Ummi tengok pun nampak sedap je nasi ayam ni...
Dari situ rombongan ke Oceanarium pula. Macam-macam hidupan marin yang dapat dilihat dan disentuh. Angah teruja tengok kuda laut dan dapat sentuh tapak sulaiman.
Tak berenggang diorang ni... |
Tiket masuk. Dapat juga spek 3D tapi mana entah Angah letak :(
Angah balik dengan senyuman lebar. Seronok sangat dia. Kami di rumah pula suka hati sebab dia bawa balik baaaaanyak goodies 😂😂😂
Hari kedua lawatan siapa pula? Tunggu....
*credit photos: Cg Hamidah
2 tempat ni memang aida lom bwk anak2.
ReplyDeletehi hi hi dekat tapi nan da hado :)
Selalu yang dekat2 tu kita tak pi hehe
DeleteJajan faveret masa kecik ni...Lama tak makan mamee. Teringin pulak malam malam cenggini
ReplyDeleteSampai sekarang Mrs. A masih makan Mamee lagi.Lagipun kat office Mrs. A tealady buat jualan Mamee nih!
ReplyDeleteHa! barulah adilkan tiga-tiga dapat pergi rombongan bolehlah depa cerita pengalaman masing-masing :-)
Samalah kita Mrs A. Kalau beli kat anak-anak mesti ada juga sebungkus utk maknya :D
Delete