Apa yang best sangat tu Ummi? Adalah hihi... Kenduri ni dah lama, 26 Oktober lepas tapi belum sempat Ummi update dalam blog. Sibuk menguruskan aktiviti akhir tahun anak-anak. Lawatan sana, lawatan sini. Jamuan itu jamuan ini...
Berbalik kepada kenduri tadi, ikut pada kad jemputan majlisnya pada pukul 2-5 ptg. Jadi, kami ke lokasi majlis selepas solat Zohor. Puas juga berpusing-pusing barulah jumpa lokasinya. Tak berapa ramai orang, lega sebab perut dah lapar haha... Dapat pula port sebelah portable aircond fuhh layan... Makanan pula disediakan oleh Felda D'Saji... Tahulahkan masakan D'Saji ni memang enak. Dengan tetamu yang tak ramai, sakanlah kami menjamu selera.
Cute! |
Entah berapa kali Angah tambah kambing golek ni. Favourite dia. |
Walid pula sakan berborak dengan member-member dia. Sekali sekala jumpa, boleh tahan juga depa membawang 😄
Ayah Baby Idlan dengan Walid dulu satu ofis di Syarikat C. Bila Walid joined Syarikat D, ayah Baby Idlan pun ikut sama. Masih di Syarikat D dan khabarnya nak terbang ke Mexico untuk tugasan di sana. "Dah Abang (Walid) takde, sayalah kena pergi' katanya. Takpe, jauh berjalan luas pemandangan dan pengalaman.
Macam-macam gaya depa posing... Boring tunggu Walid bersembang... 😂😂😂
Ummi masuk sekejap ke dalam rumah nak tengok baby. Ada acara marhaban that time. Kalau datang majlis aqiqah mesti nak jumpa baby. Sama juga kalau majlis kenduri kahwin, tak jumpa pengantin tak sah rasanya. Tapi tak berapa sihat hari tu, tak dapat nak peluk cium baby :(
Door gifts dari tuan rumah. Macam-macam kami dapat tapi yang paling rare ini hah... Kambing golek!
Ini sebab Ummi kata best. Dapat bawa balik kambing golek, siapa tak suka hihi... Tak pernah lagi pergi mana-mana kenduri dapat bawa balik kambing golek :D Rezeki hari tu alhamdulillah. Dinner malam tu Ummi cuma masak nasi goreng dan panaskan kambing tu dalam Noxxa. Puas betul kami makan kambing golek hari tu.
Didoakan agar Baby Idlan membesar dengan baik, sihat dan sentiasa dalam lindungan-Nya aamiin. Doa yang sama juga untuk bayi pasangan Hafiz & Nurul yang kami tak berkesempatan menghadirkan diri ke majlis aqiqahnya yang diadakan pada hari yang sama. Majlis di Tg Karang, jauh nak pergi :(
Moga kedua-duanya menjadi anak yang soleh/solehah aamiin.
Encik Suami ammi kalau kat kampung dia ada event makan-makan yang ada menu kambing golek ni, benda yang dia cop adalah tulang kambing tu. Biasanya dia akan buat sup mamak style. sedapnya lahai
ReplyDeleteUntung lah ammi en suami pandai masak :D
DeleteCantiknya had Dan deco tu
ReplyDeleteCantik & sweet :)
DeleteWah! majlis aqiqah dah macam kenduri kahwin.
ReplyDeleteMenarik door gift tu rezeki bergolek dapat kambing golek hehehe...