Sekarang ni pastinya Tanjung Piai menjadi tumpuan terutamanya bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanahair. Hujung minggu ni akan berlangsung Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Tanjung Piai. PRK ini diadakan susulan kematian wakil rakyatnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada Pakatan Harapan (PH) pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung (Sumber: Berita Harian).
Ditakdirkan kami sekeluarga sekali lagi dapat menjejakkan kaki ke daerah paling selatan di benua Asia ini pada penghujung Oktober lepas. Kami pulang ke ibu kota 2 hari sebelum hari penamaan calon. Suasana masih belum panas kata orang. Tapi gerak kerja dah nampak sikit-sikit. Cuma banners/buntings/bendera dsbnya belum naik. Kena tunggu selepas hari penamaan calon baru sebarang bentuk kempen dibenarkan.
Ok, cukup pasal PRK. Kita cerita pasal kunjungan kami ke Tanjung Piai tempohari. Trip kami ni sebenarnya disebabkan Walid ada kerja di Pontian. Alang-alang sekolah cuti sempena Deepavali hingga hari Selasa, kami ikutlah Walid. Dari Melaka kami terus ke Pontian. Destinasi pertama pastinya Taman Negara Tanjung Piai.
Memandangkan kami PERNAH KE SINI pada tahun 2012, jadi haruslah kembali ke sini untuk sekali lagi meninggalkan jejak :) Sementelah, Kakak dan Adik belum pernah ke sini. Angah pun dah lupa dia pernah sampai ke penghujung paling selatan di benua Asia ni Abang pun 2x5 juga :D
Kita beli ticket dulu...
Ada beberapa perubahan yang kami lihat. Tempat ni semakin meriah dengan pengunjung. Ada juga wording berwarna-warna yang cantik untuk bergambar. Penghuni tetap di sini, sang monyet pun makin lincah berkejaran menyambut tetamu. Berani depa tunggu kat pintu masuk. Kita pula yang takut hihi...
Send location sat... |
Hampir tak perasan Kakak berdiri kat situ 😆 |
Semakin ke dalam, semakin banyak perubahan yang kami nampak. Sebahagian besar titian kayu yang lama sudah ditukar dengan kayu baru. Manakala laluan keluar masuk hanya sehala, jadi kita akan berpapasan dengan pengunjung yang akan keluar/masuk ke titik paling selatan yang ada globe tu. Dulu kami masuk dan keluar ikut laluan berbeza. Yang paling tak seronok, sampah sarap makin banyak! Tersangkut di akar pokok bakau. Menurut info, sampah sarap ini kebanyakannya sisa buangan dari kapal-kapal yang berlabuh berhampiran Tanjung Piai. Setahu Ummi, Perairan Johor dan Selat Melaka ni antara laluan kapal paling sibuk di dunia.
Kapal-kapal sedang berlabuh... |
Titi baru |
Titi lama. |
Maintain lagi signage ni :)
Siapa nampak ketam? |
Ku lihat hijau... |
Yang paling ketara bagi kami ialah dataran yang menempatkan globe mercu tanda Tanjung Piai semakin kecil. Tiada lagi dataran lebar yang menjadi tempat pengunjung bersantai dan 'bersidai' :D Di atas globe tu pun tiada lagi perkataan "Tapak Warisan Ramsar". Globe pun dah lain. Ummi baru perasan bila tengok semula gambar yang diambil. Masa di sana, tak perasan!
2019 |
2012 |
Bahagian ni dah tak ada. |
Risau Ummi takut ada yang tersepak huruf-huruf tu :(
Ini pula Tanjung Piai Resort, TEMPAT PENGINAPAN KAMI dulu. Nampak sedikit berbeza. Dahulu ada semak samun dan hutan kecil di tepi jalan dan tali air. Sekarang tiada lagi pokok-pokok tersebut dan kerja pelebaran jalan juga sedang dijalankan. Kawasan ni nampak lebih terbuka berbanding dahulu yang agak tersorok. Malah, ada sebuah kedai kecil menjual barangan runcit dan T-shirt bertulis Tanjung Piai berhampiran jalan utama. Beza sungguh waktu kami menginap di sini dahulu, sunyi dan rasa terasing dari kesibukan khalayak.
Seronok bila dapat menjejak semula tempat yang pernah dilawati. Dapat tengok perbezaan dulu dan kini. Dan ternyata, Tanjung Piai juga sudah banyak berubah. Sama juga seperti Ummi. Dulu kami datang berempat, sekarang berenam :)
Semenjak dua menjak ni, hari2 ada cerita tanjung piai
ReplyDeleteKawasan panas :)
DeleteSeronok jalan2 ... Tapi sampah2 yg kelihatan tu memang sedih lah kan. Tak tahu bilalah negara nak bebas dari sampah merata2.
ReplyDeleteItulah, kena tukar mentaliti... Masing-masing kena ada rasa tanggungjawab utk jaga persekitaran.
DeleteThanks for share,. Kunjungi juga http://bit.ly/2lVSD1a
ReplyDelete