Jumaat minggu lepas ada sambutan Hari Kanak-Kanak di SRAI. Tema bagi tahun ni "My Dream". Atau dalam lain kata, Cita-Cita Saya. Tapi, bagi Ummi luas lagi maksudnya. Seperti dream nak panjat Gunung Kinabalu, nak berbasikal menjelajah Semenanjung dsbnya. Impian tu banyak tapi usaha tak ada, dok berangan aje lah Ummi ni :D Rupanya ada juga yang sama fikiran dengan Ummi. Ada seorang murid ni impian dia nak berenang di lautan bersama ikan jerung. Dibawanya pelampung berupa ikan jerung. Hah, itu barulah win!
Tapi itulah, masa singkat. Kami pun travel few days before the event jadi persiapan ala kadar je. Angah pakai seragam askar. Kebetulan Kakak dah beli untuk perbarisan hari sukan dia. Angah rasmi dulu hihi...
Abang pula sekarang ni kalau tanya cita-cita dia, nak jadi anggota Paskal. Terinspirasi dari filem Paskal yang meletup tu. Hari tu Astro ada bagi free preview untuk certain channels for a limited time, sempena Hari Malaysia kot. Asal ada movie Paskal je, depa ulang tengok.
Tapi masalahnya mana nak cari baju Paskal tu. Online adalah kot tapi nak suruh pos ke rumah kami pula travel. Sudahnya, Abang jadi polis je. Itupun beli baju kadet polis je untuk dia. Mujurlah dia pun tak banyak songeh. Pakai jaket luar, selit pistol di pinggang. Abang jadi detektif katanya. Bolehlah Abang...
Ada gaya detektif kan? |
Tahun lepas Ummi turut sama ke sekolah jadi dapatlah rasai kemeriahan suasana sambutan acara ni. Temanya "Superheroes". Dapatlah Ummi bertemu muka dengan adiwira seluruh dunia hihi... Tahun ni tak berkesempatan nak jumpa bakal CEO, angkasawan, doktor, chef, jurutera, saints, Hakim, bomba, cikgu dsbnya. Dapat tengok gambar je.
Kawan-kawan Abang
Ummi doakan tercapailah cita-cita anak-anak SRAI ni. Ummi dulu nak jadi doktor 🤭
best tengok anak2 dengan pakaian kerja yang mereka mahu jadi. sekat sekolah anak2 saya mereka pakai pakaian tradisional negara lain, tapi anak saya pakai baju melayu saja hehehe
ReplyDeleteMenarik tema tu. Boleh usulkan pada SRAI ni:)
Deletekat sek anak sy hari ni kak.. tema fairytale.. jenuh pulk memikir nak pakai pe.. yg lelaki sempoi tak kisah sgt. yg gurl drama lebih. sy pakaikan dia pari2 yg ada kepak. hehehehe
ReplyDeleteGegirl memang lebih sikit songehnya hihi...
Deletetema sekolah anak2 ammi tahun ni Cartoon Animation.
ReplyDeleteYang lelaki kata nak pakai ala2 boboiboy je sbb dia ada capnya.
Yang si kakak tak decide lagi.
Tp pakai jelah apa yg ada...takdelah ammi ni nak membazir beli2
Betul ammi... Tambah2 kalau anak Tahap 2, depa pun segan nak berlebih-lebihkan?
DeleteDah hujung tahun kenalah isi dgn program2 menarik kalo tak budak2 dah tak semangat nak pwgi sekolah, drj 1-3 takde exam, jadi ada yg mcm takpelah tak pegi sekolah, bkn ada pekse pun..ermmm..
ReplyDeleteSekolah anak saya Tahap 1 ada final exam kak :( maybe untuk hari anugerah kot
ReplyDelete