Tahun ni Pasti Kakak memilih seragam Tentera Darat untuk perbarisan sempena Sukan PASTI (SUKPA) 2019. Tema perbarisan tahun ni ialah "Kerjaya". Terima kasih Papa Zaquan yang menguruskan tempahan dan pembelian baju secara online. Asalnya SUKPA dijadualkan pada bulan September lepas tapi terpaksa ditangguhkan akibat jerebu.
Suasana di padang sangat meriah dengan kehadiran anak-anak Pasti yang memakai pelbagai jenis pakaian/uniform yang melambangkan kerjaya masing-masing. Ada doktor, pilot, chef, nelayan, petani, pramugari, ahli korporat dsbnya. Nampaknya cikgu masing-masing memang 'all out' untuk memastikan Pasti masing-masing mengikut tema dan menang anugerah Kontinjen Terbaik. Sekali pandang, rasa macam tiada harapan untuk Pasti Kakak menang sebab seragam askar nampak 'common'. Biasa kita nampak anak-anak kecil pakai baju/seluar askar kan?
Credit source |
Inilah barisan kita...
Pandai depa beraksi, nampak segak dan bergaya semuanya.
Credit source |
Credit source |
Bersemangat 💪💪💪 |
Tapi, Pasti Kakak ada props yang menarik. Replika kereta kebal dan meriam yang diperbuat dari kotak dan kertas. Kreatif betul cikgu-cikgu sekarang 👍👍👍
Selain tu, ada juga gimik aksi tembak menembak di hadapan juri. Gimik ni juga nampaknya menambah mata pada kontinjen Kakak.
Credit: Papa Amir |
Anngota skuad penembak; Zaquan, Kakak & Rayyan |
Kakak masuk 4 acara tahun ni.
Hasilnya dapat 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat saguhati (tempat ke-4). Semua murid dapat pingat tapi tempat pertama hingga ketiga, sahaja yang beroleh markah. Pasti yang mengumpul jumlah mata tertinggi akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Walaupun tidak berjaya meraih juara keseluruhan Pasti Kakak tetap menang.
Yes, Kontinjen Terbaik bagi acara perbarisan. Sejak dari Abang mula masuk Pasti hingga sekarang, seingat Ummi ini kali pertama Pasti Kakak menang acara perbarisan. Alhamdulillah semuanya berkat hasil kerjasama semua pihak; anak-anak, guru-guru dan ibubapa. Syabas!
Tahniah 👏👏👏
alolo comeinya kakak pakai baju tentera.. :)
ReplyDelete:)
DeleteI just found this blog and have high hopes for it to continue. Keep up the great work, its hard to find good ones. I have added to my favorites. Thank You. This is Pictaram Online Instagram User Posts and Story web viewer.
ReplyDeleteWah... Seronoklah anak2 semua. Cantiknya baju baju mereka ..
ReplyDeleteCantik dan bergaya :)
Delete