Sesi persekolahan dah berakhir, tapi Ummi baru nak share pasal tajuk ni. Almaklumlah banyak sungguh aktiviti dua minggu terakhir persekolahan hari tu. Tak terkejar Ummi nak buat entry 😅
Dah jadi tradisi, setiap kali akhir sesi persekolahan pastilah ada jamuan akhir tahun. Tahun ni turn Angah dulu. Hari Selasa ke Melaka, hari Rabu jamuan. Mujur juga dia larat bangun pagi tu padahal malam tadi dekat pukul 10 baru sampai rumah. Mandi, makan itu ini pukul 11 baru tidur. Dia bagi tau "Cikgu suruh Ummi buat Mac & Cheese". Ah, sudah! Ingatkan nak goreng mee je tapi cikgu request lain pula. Jangan kata masak, makan pun jarang-jarang Mac & Cheese ni. Tapi sebab taknak hampakan Angah, Ummi masaklah juga. Resepi cari di Google je. Honestly tak berapa sedap pun kejadiannya haha... Masak pun awal pagi, kalut nak siap itu ini, nak masak lagi memang ke lautlah hasilnya.
Abang pula Cikgu assigned menu, ayam goreng. Ikut Ummi nak singgah beli kuih je kat mana-mana gerai sebab that week turn Ummi hantar depa pi sekolah. Tapi dia nak juga bawa ayam goreng, takut cikgu marah bawa menu lain haha... Ummi beli Ayamas je lah. Pagi tu goreng guna Noxxa. Ummi tak pandai sangat goreng ayam ni, takut tak masak bahagian dalamnya. Bercinta jugalah nak tunggu ayam tu masak :D
Untuk jamuan Pasti, Kakak requested buah-buahan je. Dia tak nak bawa heavy food nanti tak habis katanya. Mudah kerja Ummi. I luv u, Kakak haha... Cikgu pun pernah ingatkan jangan bawa banyak2 nanti tak habis. Yelah, anak-anak tadikakan, bukannya makan banyak sangat pun. Kata cikgu, selalu kalau kuih muih memang jadi rezeki jiran-jiran sebelah menyebelah tadika. Nugget, sosej itu memang licin kata cikgu. Ada juga yang bawa jajan. Ummi open bab ni walaupun ada orang anti jajan. Cuma, prinsip Ummi, Ummi tak akan bawa, tapi kalau orang bagi tu ambiklah. Tidaklah Ummi nak condemn sebab kadang tu perkara ni berkait dengan bajet juga. Kita hargai niat depa. Sebagai ibu, tanggungjawab Ummilah untuk tapis mana yang elok atau tidak esp bab halal haram. Kalau logo haram tu pelik je, terpaksalah buang. Mujur anak-anak pun faham.
Bila bab jamuan ni, Ummi selalu niatkan makanan yang disediakan tu sebagai sedekah. Bila bersedekah tu, sambil-sambil tu niatkan juga agar anak-anak kita disenangi oleh guru-guru dan kawan-kawan. Sebab tu seboleh mungkin taknak berkira bab jamuan ni. Biar sikit (kuantiti) tapi yang terbaik (kualiti) Ummi boleh sediakan.
Seronoknya jamuan akhir tahun sekolah. Terkenang zaman sekolah dolu-dolu hehehe
ReplyDeleteSaya dulu darjah 6 je merasa ada jamuan kak, sekolah kampung :)
Deletekenangan sangat jamuan akhir tahun. sebab ada macam2 menu makanan. hehehee
ReplyDeleteMacam-macam ada hehe...
DeleteSelamat bercuti panjang buat mereka.
ReplyDeleteCuti lagi banyak depa makan haha...
Deletemeriah dengan jamuan minggu akhir sekolah. Terbaiklah Ummi dapat siapkan semuanya untuk anak-anak.
ReplyDeleteBolehlah hihi...
DeleteAnak akk tak nak masa hari jamuan tu, so takyahla akk nak masak, hihi.
ReplyDeleteRajinnya umi bangun pagi2 nak siapkan juadah utk jamuan anak2 ye, 👍👍
Sekali sekala bagi depa happy hihi...
DeleteZaman sekolah, bab jamuanlah yang paling disukai. Hihi. Sebab dapat makan-makan. =D
ReplyDeleteBagus si kakak, nak bawa buah-buahan aje.