Lawatan ke A Famosa Resort, Melaka
Tarikh: 14 November 2019 (Khamis)
Fee: RM115
Bas A |
Bas B |
Dah sampai yeay!
Beratur ambik tag...
Mula-mula rombongan ke zoo dulu. Ini baru zoo betul; ada semua haiwan jinak dan liar. Naik trem pun bersangkar, sebab nak lalu tepi harimau dan singa. Singa dan harimau pula tengok manusia dalam sangkar ๐๐๐
Habis lawatan di zoo, depa ke Monkey Island, naik bot rakit. Bila tengok video yang Cg KN share, teringat pula kenangan kami ke Pulau Orang Utan di Bukit Merah Water Park suatu masa dulu.
Jinak! |
Akhirnya, masa yang di tunggu-tunggu... Masa untuk bersukaria di water park. Tiga jam masa yang cikgu peruntukkan untuk aktiviti mandi manda. Memang sakanlah depa... Sampai cikgu pun lupa nak ambik gambar kot, sekeping pun tak ada gambar di water park haha...
Singgah makan dan solat di RnR Seremban. Masing-masing lapaq nampaknya tu :)
Layan bola dalam bas...
Alhamdulillah rombongan tiba di sekolah sekitar jam 9.15 pm. Bila di tanya, kata Abang seronok sangat Ummi. Enjoylah tu :D
Souvenir dari Abang
*Credit photos: Cg KN
wah seronoknya, anak anak pun happy je
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteTerima kasih sudi ziarah ๐น
Yang jadi seronok tu sebab pi ngan kengkawan. Syok apa ....
ReplyDeleteLamanya tak pi zoo.
Betul tu kak.
DeleteJom kak, dating kat zoo negara hihi
Zoo Melaka memang best.
ReplyDeleteRombongan sekolah memang seronok rugi kalau tak join.
Kan Mrs A. Kenangan tu akan dikenang sepanjang hayat kot
Deleteikut rombongan sekolah memang best sebab pergi dengan kawan kawan semua.
ReplyDeleteKan? Seronok...
DeleteTerima kasih sudi ziarah ๐น
Sesekali bagi peluang untuk anak anak.
Deletesama² kak :)
aida x bwk anak2 ke afamosa ni lagi tau.
ReplyDeleteumah nenek 10 minit jer dari sini, tu yg tak pernah singgah :) ha ha ha ha...
teringin nak gi safari nyer tu. menarik.
yg jauh dah gi, afamosa yg dekat ni tak lagi hu hu hu hu...