Sunday, 23 February 2025

Aku Janji SPM 2025

Bila sekolah dah dibuka, mulalah pelbagai program dan aktiviti sekolah anak⁴ nak kena join

Sabtu pagi...

1. Majlis Aku Janji SPM Abang 
 

Ada sarapan disediakan untuk parents tapi kami dah bersarapan di rumah. 

Terus menuju ke dewan.

Alhamdulillah program berjalan lancar dan ikut schedule

Ikrar pelajar. 

Mak ayah pun baca ikrar juga.
Nak anak² berjaya, mak ayah pun kena berkorban juga. Kena sentiasa bagi sokongan dan galakan, kena sediakan ongkos, DOA dsbnya. Takpe Abang, kita sama² lalui dan hadapi  perjalanan dan perjuangan ni 💪🏻

Seronok dan sebak pulak tengok masing² dah besar, matang... Habis SPM hujung tahun nanti dah berpisah bawa haluan masing-masing. Ummi doakan SEMUA berjaya dengan cemerlang dan dapat banggakan dan bahagiakan ibu ayah masing². 

2. Perjumpaan Halaqah Warsh 

Ustaz Halaqah Abang ajak buat sesi temu mata katanya. Pertama kali mak ayah Halaqah Warsh ni berjumpa ramai² gini. Berkopiah putih tu Al Fadhil Ustaz Mohammad Rozie Rejab, penceramah yang selalu muncul di TV. Anakandanya pun sama halaqah dengan Abang dan Ustaz pun guru pembimbing haji kami dulu. Rezeki kami la dapat juga tumpang berkat Ustaz. Doa dan kata² motivasi dari Al Fadhil Ustaz mudah-mudahan dimakbulkan Allah SWT dan jadi perangsang untuk anak² khususnya Halaqah Warsh ni. 

Hebat² anak² ni...
Ada yang juara bertahan tarannum peringkat kebangsaan utk sekolah², ada yang team nasyid juara ASEAN, ada yang naib Johan MQSS (hafazan), sukan dsbnya. Alhamdulillah kata UR setiap tahun ada sumbangan dari anak² HW untuk sekolah. Abang kali ni nak cuba nasib dlm MQSS. Mudah-mudahan ada rezeki Abang menang nanti 🤲🏻

Semoga cemerlang semuanya dalam apa jua bidang, khususnya utk SPM 2025 ye Gexxin 💪🏻

15 comments:

  1. Semoga kejayaan mengiringi perjalanan anak² spm tahun ini khasnya abang dan rakan².

    ReplyDelete
  2. Abang sebaya dengan Sulaiman, anak bongsu saya. Semoga dipermudahkan urusan anak-anak kita pada tahun ni. Amin.
    Sekolah Sulaiman belum buat program Akujanji ni, hari ni dia latihan merentas desa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sulong saya bongsu Nur :D
      First time anak nak ambil SPM, berdebar sungguh 🤭

      Bila merentas desa? Kena selesai minggu ni la kan, nx week dah puasa. Singkat masa tahun ni, ±10 bulan je sekolah

      Delete
    2. Hihi.. kita doa je untuk anak-anak. Insya-Allah, semoga dipermudahkan.
      Merentas desa hari Rabu. Esok dia pemilihan mesyuarat agong rumah sukan. Ye la PH, tak tahu la camana, jadual sekolah balik lambat, dengan kelas tambahannya nanti, tuition lagi. Semoga anak-anak kita kuat dan bersemangat. Chaiyok!

      Delete
    3. Aamin berjaya cemerlang hendaknya Abg & Sulaiman 🤲🏻

      Delete
  3. Dah 2x berikrar sebagai ibu ayah masa anak2 mula masuk SbP. Dan 2x jugak ammi nangis. Ehhh tisu tau hati kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita Ammi..
      Majlis² gini mmg standby tissue 😅

      Delete
  4. Sekejapan aje mereka dah menginjak dewasa.

    ReplyDelete
  5. moga anak2 kita semua mendapat didikan terbaik di sek masing2

    ReplyDelete
  6. Moga anak2 kita berjaya di dunia dan akhirat ya PH ya....

    ReplyDelete
  7. Semoga berjaya dengan cemerlang semua anak2.

    ReplyDelete