Friday, 31 January 2025

Recap ~ Week 4, 2025

Week 4: 22/1-27/1 2025

Tot setia menemani Adik &  Kakak yang demam selsema masa ni ☺️ Masa ni diorang dah nak sihat dah. 

Esok tu bila dah sihat terus nak buat koktail. Layan je la :D 

24/1 hantar phone Angah ke Red One. Entah apps apa dia download, iklan keluar tak berhenti². Even tengah VC dgn Ustzh time hafazan pun iklan keluar. Boleh kata selang seminit dua kot. Stressed

First purchase of kambing perap PMW di tahun 2025 ni. Bungkusan baru, lebih compact. Isi dan harga masih sama. 

26/1 ke Celcomdigi utk urusan telefon Abang. Ramai betullah orang walaupun dah petang. Setting baru tak menarik, takde kaunter sebaliknya disediakan meja² bulat tu je utk berurusan dgn staff depa. Tempat menunggu pun hanya ada 1 set sofa. 

Spring cleaning almari baju jumpa t-shirt sukan sekolah. Dah senteng dgn Adik, boleh let go.

Rearranged katil bilik gegirls. Siap semua makcik ni yang rasmi dulu. Kemain dia melepak atas katil depa ni :) 





 

Kemas Pokok 2.0


Sampai rumah kami sambung aktiviti. Kali ni bersihkan kawasan luar rumah pulak. Kena bakar semula lemak yang dimakan tadi :p

Petik dulu buah belimbing yang tengah lebat ni. Banyak yang dah gugur sebab buahnya nun di atas sana, tak sampai nak kait pun. Ummi minta Walid tolong trim pokok belimbing ni sebab dah meninggi, susah nak ambil buah yang atas tu. Hujung julai kata orang Baling:) 

Abang in action 💪🏻
Pangkas juga pokok mangga dan belimbing yang satu lagi. Hasil kutipan dapatlah ½ baldi besar. Bungkus² berbagi pada jiran² dan kawan² Cik Leha, yang kebetulan lalu. 

Setel pokok² depan rumah, kemas porch pulak. Alihkan pasu² dan pokok² yang dah tak nak tu sementara ada tenaga orang² muda ni :D 
Alhamdulillah terasa lapang bila semuanya bersih dan tersusun. 

Sebagai reward, Ummi masak nasi ayam one-pot. Late lunch,  dekat pukul 4 baru makan sebab Ummi pun penat mengemas depan tadi tu. Tapi mujurlah Kakak rajin membantu di dapur. Sekarang ni tak payah ajak dah, nampak Ummi masuk dapur dia pun turut ke dapur. 

Ayam tu masuk sekali masa tanak nasi.
Arwah Tok dulu kalau masak nasi ayam, ginilah caranya. Nasi Ayam style gini sedap dimakan bersama air asam tomato. Ada rasa pedas², masam² pada air asam tu sesuailah dengan ayam tu. Tak rasa muak sangat. 

Alhamdulillah kenyang dan penat haha... 
Penat, tapi it was a fruitful day 👍🏻






Thursday, 30 January 2025

Nasi Kerabu Lemak Bakar


Selesai bakar lemak di Taman Tasik Danau Kota kita makan lemak bakar pula! Bila nak kuyus kalau lagu ni kan 🫣

Gara² teracun dengan Mama Tisya la ni, nampak lemak bakar di MaiiShellOud terus sambar. Lama dah tak makan lemak ni. Terubat jugalah keinginan tu. 

Sedap, pencicah dia pun sedap. 
Cuma kena beringat jugalah, makan berpada² dan sekali sekala boleh la. Umur pun tak berapa nak muda dah :p 

Sebenarnya dari TTDK tu kami ke Padang Balang dulu. Hasratnya nak jamu selera di Kedai Kak La yang femes tu. 

Sampai², kedai tutup 😭
Dah la pertama kali ke sini, sedih la jugak bila jadi gini. Nak sampai ke sini pun jalannya penuh liku haha... Jalan kampung, sempitlah kan. Bila berselisih kereta, kenalah mengalah salah satu. Kedai Kak La ni tutup dari 22/1 - 7/2 . Ada tulis dekat kertas 👆🏻

Sebelum balik rumah, singgah di kubur. Ziarah kubur Tok dan kubur Abe. Kubur Uncle Kasim tak ingat pulak nombor nisannya. Al Fatihah utk semua yang telah kembali ke negeri abadi. 



CNY D2 ~ Riadah @ Taman Tasik Danau Kota

Pagi² kami dah keluar rumah. Tujuannya ke Taman Tasik Danau Kota yang terletak di Jalan Genting Klang. Belakang Setapak Central. 

Lawa kan? 
Mula tu was² juga, mampu ke nak brisk walk keliling tasik ni... 

Belum cuba belum tahu kan? 


Jom! 

Sambil jalan,  sambil ambil gambar :) 
First time sampai sini kan... 

Ramai orang 👍🏻
Tempat ni bersih, selamat dan well maintained. Seronok nak beriadah bila persekitarannya bersih dan terjaga. 

Ada pejabat DBKL (yang maintain tempat ni) serta tandas. Tandas pun nampak lawa 👍🏻 


Ada playground, basketball court, futsal court dan takraw court juga. Court Mammoth je takde :p 

Untuk trek jogging tu ikut pusingan tasik...

Ni dah separuh tasik kami jalan...

1km dah 👏🏻

Satu pusingan tasik ni 1.2km jaraknya. 

Ummi, Adik & Angah buat se-round je, Walid Kakak & Abang buat 2 rounds. Sebab kami banyak menyinggah, lambat habis 1 round pun 😅
Nak sambung lagi tapi biasalah budak² ni; laparlah, penatlah 🫣

Depa dok perati ikan keli besaq dalam tasik ni. Serious, besar sungguh saiznya. Tachoddd :

Malam pun buka ye TTDK ni. 
Keliling tasik ni banyak condominiums, maybe ada residents yang beriadah di waktu malam sebab tu buka hingga pukul 10 mlm. 

Yang tinggal berdekatan, jom pakat mai 🤗



Wednesday, 29 January 2025

Lunch @ Bumbu Babah, Melawati Mall

Dari Aeon Wangsa Maju kami ke Melawati Mall. Hajatnya nak ke Bumbu Babah, milik Ajak Shiro tu. Masa kedainya di Giant Batu Caves kami tak sempat pergi, jadi bila dapat tahu Ajak buka BB di MM, makanya jomlah kita support

Kedainya terletak di Food Empire (food court) Melawati Mall. Tingkat 3 rasanya. 

Scan je barcode tu, automatik dapat harga ahli. Total harga makanan kami RM64± tapi dapat harga ahli dlm RM53±. Banyak jugalah jimatnya. 

Ini yang kami makan; 

Set Ayam Balado + Nasi Padang (RM11.90| harga ahli). Set ni untuk Kakak dan Walid. 

Set Ikan Keli Goreng + Nasi Padang RM11.90| harga ahli). Ini pilihan Ummi dan Abang. 
Ikan keli digoreng garing (tak berminyak), sedap sangat 👍🏻

Untuk Angah, Set Paru Balado (RM9.90 I harga ahli). Paru ni digoreng garing, keras sikitlah. Ummi suka paru garing tapi lembut² sikit so this one Ummi tak berapa sangatlah. Tapi Angah makan habis je. Paru tu favorite dia. 

Setiap set ada pucuk ubi, sayur kobis, sambal merah , sambal ijo dan telur rebus ½ berserta nasi dan lauk pilihan. Nasi diberi dlm portion yang mengenyangkan. Kuah Ummi tak pasti kuah apa, diletak siap² atas nasi. 

Dari segi rasa sedap bagi kami 👍🏻
Harga pun berbaloi dengan rasa dan saiz hidangan. Keep it up Ajak! 

Food court Melawati Mall ni selesa ye. 
Kawasan luas dan bersih, serta berhawa dingin. Tempat tak crowded. MM ni banyak restoran, jadi crowd tak tertumpu di satu² tempat je. Jadi, sangat selesa dapat makan dengan santai dan tenang. Yang dok meeting pun ada :)  Ada mini playground utk kids main juga. Pilihan makanan pun pelbagai sebab banyak stall dekat sini. 

Oh ya, Adik order Megi Goreng Telur Mata tadi tu. Lupa ambik gambar. 

Air satu tuan saja. 
3 botol air mineral + 2 gelas air mangga balang RM17.10. 

Yang beratur ramai² tu tengah que di Bumbu Babah. Tapi kejap je beratur pun, service pantas. 

Done support Bumbu Babah ✅




CNY D1 ~ Shopping @ Aeon Wangsa Maju


Dah lama tak jalan² dekat mall, jadi cuti CNY ni kami ke Aeon Wangsa Maju. 

Aliran trafik tinggi menghala ke Tol Gombak dan jalan lama ke Bentong. Ciksu nak balik ke rumah dari UIA ke Batu 10 pun ambil masa 45 minit. 

Sampai dah...
Orang belum ramai, selesalah nak cuci mata :D 

Koleksi baju raya dah keluar ye...
Jenama Puteri ni RM89 sepasang, which is Ummi rasa affordable-lah kan. Kain sedap dan ada macam² design dan warna. 

Berkenan yang ni... 
Boleh buat pakai raya kedua ke ketiga ke masa raya kat kampung sebab design simple je. Kain pun sejuk, selesa. 

Telekung sisTergojes pun ada design baru, mahal RM10 dari hari tu. Rasa² nak beli juga utk raya. Tapi nanti² lah datang berdua dgn Walid baru senang nak pau hihi... Keluar dgn anak⁴ ni layan permintaan anak⁴ yang lebih... 

Ni lah kerja depa, mirror selfie 😇

Beli beg sekolah sorang satu. 
Reward sebab Adik Kakak dapat result bagus UASA sesi lepas, belikanlah beg sekolah baru untuk depa. 

Ummi grabbed blause sehelai. 
Dengan hand sock 1. Harga RM19. 

Tapi bila bayar, hand sock ni RM5 je. Alhamdulillah murah banyak. Rupanya PWP macam tu la kot ... Bila Kakak nak beli hand sock ni saja, cashier bagitau harga RM19. Tak jadilah beli utk dia. Tapi okaylah tu, dah dapat bag mahal kan? 

Alhamdulillah baju raya Angah pun ada. Kena alter pinggang, besar sangat dengan dia. Alhamdulillah kira setel lah baju raya pertama kami wpun belum 100%. Tudung raya, kasut raya belum beli :p 

Sambil² buat persiapan sekolah, sediakan sekali keperluan raya, sementara ada sale sekarang ni. 

Kami balik ke SG ikut Setapak sebab kereta makin banyak, sesak hingga ke Taman Melawati dah. Jalan Gombak tu sesak hingga ke Masjid Shariff dah, yang dari Greenwood pun dah mula stuck dekat simpang tiga tu. Mujurlah kami arah bertentangan, lancarlah perjalanan nak balik ke rumah. 

Semoga dipermudahkan urusan semua 🤲🏻 


Tuesday, 28 January 2025

KLMJ #1

Projek kemas² diteruskan...

Kali ni kemas bilik gegirls pulakJumpa pulak pelbagai khazanah yang disimpan bertahun². Marilah kita mengimbau kenangan ye... 

Buku Yuran PASTI Angah. 

Masa bersalinkan Kakak lama sikit dalam wad, kuning dia tinggi. 

Barang² kraftangan Ummi. Dulu suka buat bunga telur dan hantaran. Kalau ada kawan² rapat/saudara terdekat kahwin, Ummi suka hadiahkan bunga telur. Hantaran tak pandai sangat tapi pernah buat untuk majlis tunang dan nikah Pakcik. Majlis sendiri of course la kan :) 

Cenderahati majlis kahwin Ummi Walid ❤️

Bil letrik tahun 2012 . 
Best kan bil bawah RM100 je masa ni. Sekarang jangan harap le... 

Abang pernah masuk football academy dulu. Lepas PKP, akademi ni pun dah ditutup. 

Kad Yuran Makan SRAI milik Abang. 

Abang ditawar masuk kelas Aulad Huffaz di sekolah. 

Cg Murni antara guru hafazan Abang yang terawal, selain Cg Sue & Cg Lin di PASTI. PASTI pun ada silibus hafazan 👍🏻 Sebagai persediaan Abang utk ke SMKA TMUA, Abang berguru dgn Ust Anep. Ustaz datang rumah, habis kelas depa pakat main game haha.... Ustaz pun muda lagi time tu 😁

Resit PASTI Kakak. 
Tahun ni yuran dah naik RM130. 

Plan Lantai Maktab 86, sewaktu wukuf di Arafah. Sebagai Sahabat TH, kami dapat plan ni untuk rujukan dlm membantu jemaah semaktab. Di Arafah ni Ummi okay sebab kawasan tak lah besar sangat, tapi di Mina pening juga nak baca plan ni. Paling cekap Hjh Amalina. Jika ada jemaah tersesat, HA lah tukang hantar balik ke khemah. 

Ni khazanah Walid.
Banyak training materials dlm tu, Ummi pun tak tau nak guna ke tak lagi tu. Biar tuannya la kemaskan cuti CNY ni. 

Banyak lagilah projek kemas² Ummi nak buat. Rasa seronok declutter ni, rasa lapang je minda dan jiwa :D