Monday, 4 November 2024

Recap Cuti Deepavali

Cuti Deepavali 5 hari tu kami tak ke mana. Rabu dan Jumaat Walid kerja. 

Day 1: Rabu 

Walid kerja, jadi Ummi dengan anak⁴ lepak di rumah je. Set masa untuk depa belajar pagi dan petang supaya bermanfaatlah cuti ni. Buka sekolah ni masing² dah nak UASA. 
Ummi pun duduk sekali dengan depa, marking buku aktiviti depa. 

Abang joined Seminar PAT by Cg Yasir ni. Antara cikgu yang bagus utk kelas online. Ajar dari basic termasuk cara nak guna calculator kata Abang.

Regi juga Abang kelas Cg Redzwan ni. Ambil dua² kelas Math & Add Math. Yuran CR harga rahmah, RM50 /subjek (4x kelas). Angah dulu belajar dgn CR ni utk persediaan UKKM dan PKSK. Serasi dia dgn CR ni. Abang pun pernah joined kelas CR sebelum ni. Ada rakaman itu yang bagus, boleh buat rujukan jika kurang faham. 

Malam kami keluar makan² sempena bday Kakak

Day 2: Khamis (Deepavali)

Kelas Intensif Hafazan Angah mula hari ni, hingga Sabtu. Online je kali ni sebab 3 hari je. Sehari 2x tasmik. Dia sendiri requested utk join jadi kami daftarkan. Yuran RM50, 6 sesi. Anjuran sekolah dia. 

Petang tu juga Walid bawa Abang shopping seluar slack dia. Seluar sekolah yang kami tempah tu dah hancusss 🀭 Ingatkan tempah awal tahun ni rupanya tahun lepas, padanlah dah menipis :) 

Day 3: Jumaat

Sambung revision...

Kakak dah mula menghafaz utk UTH (Ujian Tilawah & Hafazan) UPKK. 

Layan Adik main Sahibba. 

Day 4: Sabtu 

Pagi² kami dah keluar ke Arena Sukan KL. Kemudian pergi breakfast di Taman Melati. Pilih Taman Melati tu sebab nak ke KL East Mall, nak cari kasut Abang. Paksu Hasif bgtau Walid dia beli kasut dekat KL East Mall. Paksu Hasif pun kaki saiz international macam Abang juga. 

Parked kereta betul² depan main entrance. Kedai buka pukul 10, pukul 9.45 gitu kami dah sampai.  Seram tengok rate valet parking ni RM23 🫣. Tapi sebab belum pukul 10, so takdelah sesiapa mai kutip bayaran. Yang kelakarnya, Walid dengan Abang pusing satu mall tak jumpa kedai yang Paksu Hasif cakap tu... Rupanya kedai tu dekat Melawati Mall! Mujurlah dekat² dua² mall ni. 

Ke sini pulak ...

Abang dan Walid masuk MM. The youngest 3 tu main kat playground while me dok mengimbau kenangan kerja dekat area sini dulu :) 

Dulu syarikat selalu berurusan dengan YGMB ni utk urusan tiket penerbangan. Masa ni Cik Izah handle tiket. Ummi tak sure sangat apa urusannya tapi selalulah disebutnya YGMB ni. 

Kadang Ummi selalu juga parked kereta dengan tepi sana tu (dekat kereta merah). Senang parking dekat sini sebab belakang petak parkir lorong. Kalau parking depan ofis, ruangnya sempit. Masa tu bawa Iswara, takde sensor belakang jadi kena pandai² lah agak. 

Kadang parking juga di lorong belakang ni. Ada sekali tu purse dan spek hitam Ummi tercicir dekat sini. Letak atas tiba agaknya so bila bangun terjatuh. Dalam purse tu ada kad dentist, selain ic, kad bank dan lesen memanduKlinik tu call bagitau ada orang hantar purse Ummi tu  ke klinik depa, dekat Greenwood.  Zaman tu smart phone belum wujud, socmed pun belum berkembang. 

Tapi, spek hitam takde. Syukur sangat dah, tapi sedih juga sebab spek hitam tu pemberian Pakcik, masa Convo Ummi. Apapun, alhamdulillah yang jumpa tu budak baik, depa  berusaha return purse tu. Semoga Allah balas jasa baik mereka. 

Malam Abang joined kelas Bio pula. Regi dia sebab cikgu bio di sekolah dia MC lama. Ada cikgu lain ganti tapi Ummi suruh dia put extra effort dgn join this class

Alhamdulillah bermanfaat jugalah cuti Deepavali ni untuk anak⁴ Ummi. Walaupun tak lekang dengan phone, dengan TV tapi ulangkaji tu buat jugalah. Jadual UASA depa semua pun dapat dah. November ni penuh dengan exam la nampaknya. All the best kids πŸ’ͺ🏻




19 comments:

  1. Habis dah ya cuti 5 hari, sekejap je rasanya bila anak-anak ada di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak, tambah² duduk rumah je. Kalau jalan²/balik kampung tu sekejap je rasanya masa berlalu :)

      Delete
  2. Wahhh penuh dgn aktiviti tu..ooo valet parking tu rm23 yer..teringin nak try parking kat situ🀩😁

    ReplyDelete
  3. Penuh aktiviti dengan anak² di hari cuti walaupun tak ke mana², ia digunakan sehabis baik oleh PH & anak². Kita yg tengok pun seronok ni PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena penuhkan jadual, kalau tak asyik tv & handphone je SK 🫣

      Delete
  4. Seronok kadang mengimbau kenangan2 lama kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak ..saja tulis biar anak² pun tahu maknya pernah kerja situ dulu :D

      Delete
  5. Teringat masa Dania sekolah dulu. Memang join pun kelas2 online untuk meningkatkan prestasi pelajaran. Kalau ada cikgu yang buat kelas online pun masuk jugak. Kadang kementerian pendidikan pun ada buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak anak fokus, kita pun kenalah bersama ye Ezna kan

      Delete
  6. Alhamdulillah bagus sungguh Angah, dia sendiri yang berminat nak join kelas hafazan tu πŸ‘πŸ½

    Pandai PH main Sahibba. Saya sampai sekarang tak reti macam mana nak kira markah main Sahibba ni 🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nak beat record hafazan Abang dia hehe ...
      Main saja² je PU, tak kira markah pun 😁

      Delete
  7. SA kerja Rabu dan Jumaat...bosan je, nasib baik rabu balik 4pm dan Jumaat balik 4pm...hahaha

    ReplyDelete
  8. Wah sarat dengan aktiviti. All the best anak-anak

    ReplyDelete
  9. Ingat2 zaman dulu sebelum ada Traveloka, tiket dot com etc, tiap book tiket mesti pergi ke travel kan πŸ˜„. Dia yg bookingkan.

    Bagus lah kak, walau cuti, tapi penuh aktifitas yg produktif. Bulan ini memang tengah banyak Exam rasanya. Anak saya pun exam, akhir Oktober kemarin, dah selesai skr. Tp beberapa sekolah masih ada. Cuma bukan final. Kalo final exam May nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, travel agent yg buatkan.
      Beda ya sesi persekolahan di Indonesia dan Malaysia. All the to your children ye Fanny

      Delete
  10. Kyra pun kena put extra effort utk Bio...PPT haritu dapat 32 marks je. Pastu siap tanya "ammi kalau nak buat forensic bio kene kuat ke?"...hhahha

    ReplyDelete