Seronok betul warga Sri Gombak bila jalan utama kami dah siap dan dibuka semula. 3½ bulan kami berhadapan dengan "kesusahan hari ini utk keselesaan di masa depan" gitewww :D
Hari pertama jalan tutup. Depa letak plastic barriers utk halang kenderaan terus ke atas. Nak tak nak kena belok ke kanan.
Tapi barrier tu dibuka bila waktu puncak persekolahan. Buka sekejap je, dalam sejam dua.
Alhamdulillah, 13/11 hari tu jalan dah dibuka. Excited la 💃🏻 Siap puji contractor sebab berjaya siapkan projek awal dari schedule i.e ±2 minggu awal. Jarang berlaku kan kerja² awam ni siap awal. Selalu delay 🫣
Rupanya ada event di Gua Damai Batu Caves yang melibatkan DYMM Tuanku Sultan Selangor pada Sabtu 16/11. Perasmian Gombak Hulu Langat (GHL) as the 7th National Geopark in Malaysia dan the first in Selangor.
Mungkin sebab Tuanku Sultan nak lalu sini, makanya jalan ni disiapkan lebih awal. Alhamdulillah rahmat utk kami juga :)
Traffic light atas flyover ni, dah bertahun kot terlindung di balik ranting & daun² pokok, ni baru nampak rupanya.
Harapnya pihak MPS sentiasalah pantau dan pastikan jalan, longkang, pokok semua dalam keadaan terjaga.
Barulah cantik Sri Gombak ni 😎
Jalan tutup kalau area Klang Valley ni memang buat pening. Hari yang tak tutup pun dah jem, kalau ada jalan tutup, fuh... pusing kepala! notakaki: Patutlah siap awal. Payung kuning nak lalu. hee.
ReplyDeletetraffic light flyover yang depan tu sikit Giant tu eh PH?hihihi
ReplyDeletelinda masih konfius Sri Gombak dekat mana..
eh..dekat Gua Damai tu ke yang kafe dalam gua tu kan?
Aaaa.. mmg tu.. ada vvip nak lalu tiber jalan dah siap 🤣
ReplyDeletememang teruk kan kita suffer masa jln tutup tu...wasting many hrs every day :(
ReplyDeleteAlhamdulillah dah siap. Sama lah di mana2 kalau jalan tengah repair, aduiii masa banyak terbuang.
ReplyDeletelega dah siap kan, jalan tutup memang punca jam la
ReplyDeleteLama benar tutupnya kan? Rumah abang sulung uncle pun dalam tu... berputar2 jadinya
ReplyDeletesenang kalau bab jalan ni siap awal kan PH, memang sesak selagi tak siap, pening hari-hari kita yang melaluinya nih :)
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteprogram bersama Tuanku Sultan tu patut buat bulan 10 dulu...lagi cepat depa siapkan huhu
ReplyDeleteAda baiknya juga ya bila payung kuning nak lalu ha! ha!
ReplyDeleteTerus google tentang Gua Damai Batu Caves. Yang tahu kat patung emas tu je.
ReplyDeleteAlhamdulilah selesai dah kesesakan lalulintas. Memang bila ada kesesakan ni kadang akan effect mereka yang nak pergi kerja atau ke sekolah....kat kawasan saya ni PH pulak tak tau la apa penyakitnya...boleh katakan setiap bulan dia akan korek jalan nak masukkan kabel. :( lepas tu bila tampal tak kemas. Jalan tak rata. Pernah ada influencer complain (sebab dia guna jalan ni). Ok tak buat masukkan cable dah sekali tak lama kemudian buat balik.
ReplyDeleteKalau jalan diperbaiki memang lah susah sangat sebenarnya 😅😅😄. Tapi demi kebaikan bersama di masa depan kan, hrs kita terima.
ReplyDeleteBersyukur dah selesai kak.
Kalo saya di jakarta, masih sampai 2027 🤣🤣🤣. Di mana2 mereka bangun jalur LRT & MRT 😂. Saya hanya bersyukur dah resign dan di rumah saja. Tapi kasian lihat suami yg dari pagi ber-jammed ria lah
ok done BW mlm ni..lama betul MZ tak bukak lappy ie sejak jumaat lps la
ReplyDelete