Tuesday, 12 November 2024

Lunch @ Restoran Sajian Teringin, Sri Gombak

Balik dari KESUSRAI 2024 kami singgah makan dulu di Restoran Sajian Teringin, Sri Gombak. Ikutkan nak cuba makan di tempat makan viral dekat airport tu، tapi lunchtime mesti penuh situ. Adik pun masuk kereta terus ke zzzland :) Hujan pulak, terus balik SG la. 

Kedai ni kebanyakannya menu masak lomak Nismilan. Boleh kata semua jenis masak lomak ado; daging salai, telur ikan, siput sedut, keli salai dsbnya. Kali ni Ummi ambil lauk ikan masak lomak. Walid pula sambal sotong, ulam sama dengan Ummi. Airnya air kosong dua.  

Terserempak dengan Uncle Rohai tengah makan sorang², duduk semeja dengan dialah. Alang² Walid belanja sekali UR. Nampak dia makan lauk ikan juga. Airnya Teh O. Semua sekali RM48. Adik tapau nasi lauk ayam goreng RM8, kira asing yang ni. Pastu dia ambil choco jar sebalang, RM15. Kemain shopping, mentang² Walid bagi duit suruh bayar sendiri. 

Kali pertama kami dine in sini. Sebelum ni pernah tapau Daging Salai Masak Lomak ni. Abang dan Angah suka sangat DSML ni, kalau depa balik rajin juga kami beli. Sampai licinlah mangkuk depa kerjakan :D 

Sambal Kuinin, marvelous πŸ‘πŸ»
Antara menu yang kami selalu pilih untuk tapau juga. 

Banyak pilihan lauk campur dekat sini, sudi²kanlah singgah ye. Sedap² belaka lauknya. 

Sebelah kedai ni, Suriani Dental (tingkat atas). Restoran ni juga berhadapan dengan Sunway Multicare Pharmacy. Senang je nak cari. Pukul 10 pagi kedai dah buka. 

Restoran Sajian Teringin 
10, Jalan SG 1/5, Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor
Waktu Operasi: 10.00 pg - 6.00 ptg setiap hari kecuali Jumaat 
(Jumaat tutup)



9 comments:

  1. Kalau sedap memang teringin nak singgah

    ReplyDelete
  2. Terus teringin nampak dan baca nama lauk²nya ni, PH. Sk suka sangat jugak masak² lemak ni selain asam pedas.

    ReplyDelete
  3. Sambal Kuinin tu susah nak dapat...terliur tengok

    ReplyDelete
  4. so far tak pernah lg try mkn/beli kat sini...

    ReplyDelete
  5. Pedas tidak lauk masak lemak kedai ini?

    ReplyDelete
  6. sajian dari tanah kejolobak kejolobu ghupo eh

    ReplyDelete
  7. Owner dia org NS ni...dapnya...dulu SA rajin salai daging and masak lomak cili api..sekarang ni x buat dah sejak MP dah takde...rasa nak buat plak...

    ReplyDelete