Thursday 7 November 2024

Cucur Sayur ala LM


Dah siap berbedak, nak keluar ke market. Elok pakai tudung lawa², hujan turun dengan lebatnya. 

Makanya jom la masuk 'ofis'. Hujan² ni lapaq. Padahal kalau tak hujan pun lapaq sokmo πŸ˜†
Try buat Cucur Sayur ala LM, kawan blogger kita tu. 

LM kata letak je apa² sayur jadi Ummi letak kangkung (first time buat cucur letak kangkung ni), kucai, cabai besaq, bawang Holland, kobis dan ikan bilis. 

Lepas tu letak tepung gandum (sekadar nak cantumkan sayur²), garam dan air sejuk. Ummi tambah sikit tepung jagung nak bagi rangup lagi, baking powder dan serbuk kunyit sikit. Maaf ye LM, sedikit derhaka resepi di situπŸ™πŸ»

It turns out so good la ... And crispy too... 
Tq LM resepinya 🌹


Makcik ni dok gelisah nak keluar...
Panjat meja sisi, terjatuhkan pulak penutup canister kaca Ummi πŸ˜‡ Nak ketuk sayang, kita jentik je la telinga tu :p 

Pecah kaca, pecah gelas
Sudah pecah, sila kemas .

Baik, Ummi kemas πŸ™„

Jumuah mubarakah semua 🫢🏻

2 comments:

  1. Amboiiii sampai pecahkan ummi punya penutup ya?. Kemas sekarangggg!!!.....hehehe....

    Sedap la pulak cucur sayur ni PH. Pasti sedap.

    ReplyDelete
  2. Bagus dijentik saja... kalau kita terus rotan dia hahahaaa.

    ReplyDelete