Sempena bday Kakak , Walid belanja makan di Polperro Sri Gombak ni. Baru buka 2-3 bulan lepas. Kami tunggu special occasion, baru mai rasmi :)
Beli pavlova je sebiji, buat raso².
Cakes & pastries ni ada dekat certain outlet Polperro je, bukan semua. Ikut pada nota dekat menu ni la...
Berbaloi dengan portion, service, rasa dan juga suasana dalam kedai pun nyaman dan selesa wpun kami pergi malam cuti Deepavali tu, restoran ni full house.
Adik: Pasta Carbonara w Grilled Chicken Chop. Tak tau betul ke tak nama menu haha... Resit dah buang kot.
Menu ni kami share. Grilled Lamb dia besar² alhamdulillah semua boleh merasa.
Ummi: Meaty Fried Rice. Sedap! Aksesorinya banyak termasuk fish cake dan mixed vege. Daging pun banyak ye. Sama banyak dengan nasi kot 😁
Pinggan kitorang ada yang licin dah 😅
Semua² ni RM187++ (inc taxes).
Alhamdulillah sangat puashati makan di sini. Sedap, mengenyangkan, selesa dan layanan memuaskan.
Polperro Sri Gombak
87 & 89, Jalan SG 3/1
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor
Nampak portion besar2... Kalau datang dalam keadaan lapar betul, baru boleh habis...nie kalau linda lah..
ReplyDelete