Wednesday, 27 November 2024

Imunisasi Campak

Beberapa minggu lepas ada few cases measles (demam campak) dekat SRAI. KKM dah alert dan datang buat pemeriksaan dah. Antara langkah pencegahan yang dinasihatkan ialah penangguhan aktiviti² seperti lawatan, perkhemahan, tuition sekolah dll serta suntikan imunisasi. 

Dekat kelas Kakak takde case measles tapi sakit mata. Yang kelas Adik pula ada dua². Risau juga Ummi sebab dua² penyakit ni jenis berjangkit. 

Bila tengok balik buku imunisasi Adik, rupanya imunisasi dia belum complete (sebab PKP rasanya). MMR booster belum ambil. Kakak pula dah complete, takde keperluan utk ambil lagi. 

So, Adik cucuklah hari tu. 

Buku imunisasi dan buku rekod gigi anak ni simpan elok² ye. Banyak keperluannya; nak regi sekolah rendah, bila ada pemeriksaan berkala KKM, nak masuk asrama dsbnya. 

Semoga anak²  sihat selalu dan sentiasa dlm lindungan-Nya aamin 🤲🏻

12 comments:

  1. Moga anak2 kita semua sentiasa di bwh lindungan Nya

    ReplyDelete
  2. Yang cucuk tahun 1 tu, rasenya tak tulis dalam buku bby.. Mana nak dpt salinan kata dah cucuk.. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Oh, gara-gara Covid-19, sampai terlupa pula imunisasi Adik belum complete ye PH.

    ReplyDelete
  4. I feel you... resahnya bila ada penyakit berjangkit ni....

    ReplyDelete
  5. Dah lupaaaa.....hahaha...lama xde anak kecik..buku imunisasi Dania pun ntah mana ntah

    ReplyDelete
  6. Dekat sekolah abg ngan hr tu pun, bila ada few cases campak, KKD siap call each parents tanya status kesihatan anak & status vaksin. Then KKD dtg sekolah utk urusan vaksinasi.. Risau sungguh penyakit2 berjangkit ni..

    ReplyDelete
  7. Semoga anak semua dipermudah urusannya dan dikurniakan kesihatan berpanjangan. Bab penyakit yang boleh berjangkit tu paling risau.

    ReplyDelete
  8. Teringat masa sekolah dulu pernah ada suntikan la, check gigi la. Paling tak suka bila kena suntik.
    Semoga anak2 di sekolah dijauhi dari sebarang penyakit. Mcm2 virus pelik sekarang ni

    ReplyDelete
  9. ammi pun tak ingat Ozil complete tak semua vaccination dia. Tapi yang terpaling complete confirmlah Kyra (anak sulunglah katanya), injection tambahan pun ambik jugak walaupun mahal. kesian anak2 yang dibawah2 haha.

    ReplyDelete
  10. Bab vaksin ini memang saya ambil serius. Wajib diambil kalo untuk anak2. Apalagi penyakit sekarang dah makin Macam2.

    Sayangnya masih adaaaa orang tua yg tak percaya dengan vaksin. Dan lebih suka anak2nya diberi madu dan kurma.

    Ada yg begitu zaman skr?

    Adaaaaaa. Beberapa teman saya. Betul2 buat saya malas berteman dengan orang yg begitu.

    ReplyDelete
  11. Sekarang ni risau pulak bila dengar penyakit berjangkit yg dh lama hilang kembali timbul

    ReplyDelete
  12. sampai ke sekolah menengah nanti masih ada imunisasi huhu..

    ReplyDelete