Tuesday, 19 November 2024

Jalan Dah Siap 💃🏻

Seronok betul warga Sri Gombak bila jalan utama kami dah siap dan dibuka semula. 3½ bulan kami berhadapan dengan "kesusahan hari ini utk keselesaan di masa depan" gitewww :D 

Mula ditutup pada 27 July selama 4 bulan. 

Hari pertama jalan tutup. Depa letak plastic barriers utk halang kenderaan terus ke atas. Nak tak nak kena belok ke kanan. 

Tapi barrier tu dibuka bila waktu puncak persekolahan. Buka sekejap je, dalam sejam dua. 

Yang atas bukit ni pun dibuka juga untuk lancarkan trafik dari jam 6.30 pg- 8.30 pg. 

Alternative roads yang dicadangkan. 

Alhamdulillah, 13/11 hari tu jalan dah dibuka. Excited la 💃🏻 Siap puji contractor sebab berjaya siapkan projek awal dari schedule i.e ±2 minggu awal. Jarang berlaku kan kerja² awam ni siap awal. Selalu delay 🫣

Rupanya ada event di Gua Damai Batu Caves yang melibatkan DYMM Tuanku Sultan Selangor pada Sabtu 16/11. Perasmian Gombak Hulu Langat (GHL) as the 7th National Geopark in Malaysia dan the first in Selangor. 

Mungkin sebab Tuanku Sultan nak lalu sini, makanya jalan ni disiapkan lebih awal. Alhamdulillah rahmat utk kami juga :) 

Sibuk ye sehari dua sebelum event tu pihak MPS bersihkan jalan utama ni. 

Traffic light atas flyover ni, dah bertahun kot terlindung di balik ranting & daun² pokok, ni baru nampak rupanya. 

Harapnya pihak MPS sentiasalah pantau dan pastikan jalan, longkang, pokok semua dalam keadaan terjaga. 
Barulah cantik Sri Gombak ni 😎

30 comments:

  1. Jalan tutup kalau area Klang Valley ni memang buat pening. Hari yang tak tutup pun dah jem, kalau ada jalan tutup, fuh... pusing kepala! notakaki: Patutlah siap awal. Payung kuning nak lalu. hee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tuan.
      Tapi apa bole buat, hadap je la :D
      Bagus juga Tuanku Sultan nak lalu, cepat siap kerjanya. Kami pun tumpang happy 😁

      Delete
  2. traffic light flyover yang depan tu sikit Giant tu eh PH?hihihi
    linda masih konfius Sri Gombak dekat mana..
    eh..dekat Gua Damai tu ke yang kafe dalam gua tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Linda Naik flyover tu utk ke sG.
      Aah ada cafe dlm gua tu. Akk pun tak pernah sampai hehe

      Delete
  3. Aaaa.. mmg tu.. ada vvip nak lalu tiber jalan dah siap 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok juga SK, cepat boleh guna jalan tu 😁

      Delete
  4. memang teruk kan kita suffer masa jln tutup tu...wasting many hrs every day :(

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah siap. Sama lah di mana2 kalau jalan tengah repair, aduiii masa banyak terbuang.

    ReplyDelete
  6. lega dah siap kan, jalan tutup memang punca jam la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah jadi macam highway dah jalan tu ahak 😆

      Delete
  7. Lama benar tutupnya kan? Rumah abang sulung uncle pun dalam tu... berputar2 jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan tu berbukit & sempit sbb tu ambil masa lama sikit nak lebarkan jalan tu kot Uncle...

      Delete
  8. senang kalau bab jalan ni siap awal kan PH, memang sesak selagi tak siap, pening hari-hari kita yang melaluinya nih :)

    ReplyDelete
  9. program bersama Tuanku Sultan tu patut buat bulan 10 dulu...lagi cepat depa siapkan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...
      Dapat awal 2 minggu pun dah seronok sangat dah kitorang warga SG ni hihi

      Delete
  10. Ada baiknya juga ya bila payung kuning nak lalu ha! ha!

    ReplyDelete
  11. Terus google tentang Gua Damai Batu Caves. Yang tahu kat patung emas tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patung tu depan main road Kak, boleh nampak dari MRR2 tu. Gua Damai ni kena ikut SG la utk ke situ

      Delete
  12. Alhamdulilah selesai dah kesesakan lalulintas. Memang bila ada kesesakan ni kadang akan effect mereka yang nak pergi kerja atau ke sekolah....kat kawasan saya ni PH pulak tak tau la apa penyakitnya...boleh katakan setiap bulan dia akan korek jalan nak masukkan kabel. :( lepas tu bila tampal tak kemas. Jalan tak rata. Pernah ada influencer complain (sebab dia guna jalan ni). Ok tak buat masukkan cable dah sekali tak lama kemudian buat balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah korek, tampal ni dah selesai. Sebelum ni almost every month ads water disruption sbb kerja korek² ni la 😇

      Delete
  13. Kalau jalan diperbaiki memang lah susah sangat sebenarnya 😅😅😄. Tapi demi kebaikan bersama di masa depan kan, hrs kita terima.

    Bersyukur dah selesai kak.

    Kalo saya di jakarta, masih sampai 2027 🤣🤣🤣. Di mana2 mereka bangun jalur LRT & MRT 😂. Saya hanya bersyukur dah resign dan di rumah saja. Tapi kasian lihat suami yg dari pagi ber-jammed ria lah

    ReplyDelete
  14. ok done BW mlm ni..lama betul MZ tak bukak lappy ie sejak jumaat lps la

    ReplyDelete