Thursday 24 October 2024

Wedding @ Dewan Komuniti Bukit Damansara

Alhamdulillah rezeki makan nasi minyak lagi :) Kali ni jemputan dari member ofis Walid, ke majlis perkahwinan anak perempuannya. Majlis diadakan di Dewan Komuniti Bukit Damansara. Asbab ke majlis inilah kami singgah Solat Zohor Masjid Saidina Umar Al Khattab yang berdekatan je dengan Dewan Komuniti ni. 

Luar dewan pun dah cantik... 

Apatah lagi dalam dewan, lagilah cantik ๐Ÿ˜
Lurvv sangat dengan dekorasinya...

Curtain putih yang digantung tinggi membuatkan dewan ni tampak mewah dan luas ๐Ÿ‘๐Ÿป

Kagum dengan keindahan dewan, lupa nak makan :p 

Sedap² belaka... Ada juga cendol, memang terbaiklah sebagai pemanis mulut. Abang & Angah pun ikut sekali jadi Ummi tukang makan je, depa rajin ambik itu ini untuk Ummi :) As usual, kitorang share² je makanan jadi bolehlah rasa serba sikit. 

Tahniah buat kedua mempelai ๐ŸŒน 
Terima kasih sekali lagi buat ibu ayah pengantin atas jemputannya. 



2 comments:

  1. Selamat Pengantin Baru, SA x pergi pun masa ni..kalau tak, boleh jumpa PH...

    ReplyDelete