Friday 18 October 2024

Kakak ~ Baju Baru BSMM

Ini T-shirt Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang baru. Sekarang tak disebut PBSM macam Ummi dulu, sebaliknya BSMM kata Kakak. Yang baru ni kain jersey rasanya. Selesalah  pakai, tak panas. 

T-shirt lama ni (kain cotton) baru je beli tahun lepas, elok lagi. Cumanya sejak Julai itu hari T-shirt ni dah tak jadi T-shirt rasmi BSMM.Tapi ada je yang masih pakai. Sekolah pun  takdelah halang. Yang baru ni pun kami order online sebab dah tanya beberapa kedai, takde yang jual. Mungkin masih belum ada arahan untuk tukar kepada stok T-shirt yang baru. 

Order hari Ahad, Selasa dah sampai alhamdulillah. Rabu dapatlah Kakak pakai untuk Koko unit beruniform. Saiznya ngam elok dengan Kakak

Kena pakai dengan tudung hitam dan seluar hitam. T-shirt lama pakai dengan tudung putih dan seluar putih. 





1 comment:

  1. baju pbsm my razeen, i beli kat kedai jer (kat prima gombak)

    ReplyDelete