Wednesday 9 October 2024

Buah² Rare @ Sungkai

Dari Nasi Bamboo Sg Klah kami ambil kiri, tak terus masuk ke highway. Ummi nak beli ikan masin di premis niaga bersebelahan kedai makanan eksotik, Mus Tomyam. Lupa nak snapped gambar kedai. Tapi senang je nak jumpa, landmark -nya stesen minyak Petronas dan premis ni letaknya di tepi jalan besar, kira² 300m dari NBSK. 

Tapi kali ni tak banyak ikan masin tapi buah²an rare... Kategori buah² nadir kot... 

Buah Berangan
Suka makan tapi tak reti nak goreng. Kecik² dulu kami selalu pergi kutip di hujung kampung, ada sepohon pokok berangan. Balik tu goreng dalam kuali, buat tungku di halaman rumah je. Tapi tak ingat dah caranya 😅

Buah Tampoi
Orang kampung Ummi panggil buah me-khey :) Ada 2-3 pokok di dusun arwah Tok Wan. Bukan kegemaran Ummi jadi tak beli juga. 

Buah Perah
Pokoknya tumbuh dalam hutan² tebal. Favorite Tok Wan ni. Kena rebus dengan garam hingga lembut. Tok akan jeruk buah ni. Bila nak makan kena pecahkan kulitnya (keras) barulah nampak isinya seakan isi buah getah. Tok Wan suka makan begitu saja atau dibuat ulam. Ummi tak makan, buah ni ada bau yang kurang menyenangkan bagi Ummi 🤭 Cari² juga buah keranji sebab buah perah ni selalunya semusim dengan buah keranji. Arwah Wan Teh selalu masuk hutan untuk cari buah² ni. Bawa balik dijual kepada orang² kampung. 

Ummi beli buah pulasan ni. Sedap sungguh, isinya tebal, manis dan lekang. Besar² pulak tu saiznya. 

Jantung Pisang. 
Tak beli sebab banyak sangat, tak tau nak masak apa. Ada juga petai seikat 100 tangkai, hanya RM65. Murahlah juga kalau beli se-bundle gini tapi tak muat kereta dah. Penuh orang, penuh barang 3H2M berjalan² :) 

Inilah buah paling rare bagi Ummi 👇

Ada yang kenal buah ni? Ummi ingatkan buah Pisang Kaki rupanya bukan. Pertama kali Ummi jumpa buah ni. Mujurlah ada seorang Pakcik tu terangkan nama dan kegunaan buah ni... Nama buah ni buah cherapu. Ada yang menyebutnya buah ceghupu dan juga buah cupu. Ada lagi nama lain bagi buah ni. Boleh rujuk SINI utk info lanjut berkenaan buah ni. 

Ummi ambillah sebekas, nak rasa. RM5 je. 
Apa rasanya? Next entry Ummi share إن شاء الله 



30 comments:

  1. Semua buah PH tayang linda tak reti makan.. Hihihi...
    Jantung pisang sedap..tp,tak reti nak masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jantung Pisang tu takat buat ulam rebus dgn kerabu Akk reti la juga hihi

      Delete
  2. semua makanan kampung ni. buah perah tu sedap.

    ReplyDelete
  3. Buah cherapu tu pernah makan sebab rumah MIL kakak ada pokoknya.
    Puah perah tak pernah dengar dan nampak sebelum ni.

    ReplyDelete
  4. Buah yg last tu my late father punya fav..kitaorg panggil buah cupu(kecupu lah kot)..biasanya my mom buat sambal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, belah² Kelantan panggil buah cupu.
      Memang sedaplah MZ buat sambal 👍

      Delete
  5. Salam...walaupun saya dibesarkan dekat sana (Trolak) x pernah explore semua tempat..NBSK tu pun x pernah pergi lagi...huhu..now dah berhijarah ke negeri jelapang padi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Sueann 🌹
      Terima kasih singgah.
      Kedah kat mana tu? Sy org Baling :)

      Delete
  6. buah perah tu rare jugak bg sy

    ReplyDelete
  7. Betul2 rare buah2an yg jual kat sini. Selain buah pulasan dgn buah berangan, yang lain tu saya tak pernah try lagi. Nak jugak tau buah cherapu tu PH akan masak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah² bermusim ni sis, itu yg jarang jumpa.

      Delete
  8. Selalu dengar buah pisang kaki ni tapi nieyl tak pernah try makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan Pisang Kaki Nieyl, ini buah ceghupu/cherapu.
      Pisang Kaki tu akk pun tak pernah makan :)

      Delete
  9. tepi jalan dekat Petronas tu kan PH, kak ana selalu gak singgah beli petai kalau musim nya :)

    ReplyDelete
  10. Buah cupu dengan buah perah tu saya belum pernah rasa.

    ReplyDelete
  11. Buah berangan dan buah pulasan tu favourite. Buah berangan susah nak jumpa. Sedap lemak lemak gitu. Buah perah tu tak pernah makan lagi. Di tempat saya panggil buah cepu.

    ReplyDelete
  12. kampung kami panggil buah cepu. daun dia macam daun pokok manggis. biasanya mak guna untuk masak lomak cili api ikan sungai. tu guna yang muda lah. kalau yang dah masak tu biasa mak makan saja . rasa dia sedap juga cuma masam, haha

    buah tampoi kalau kat negeri 9 rm10 sekilo. anak tak pandai makan maka, LM putus asa nak perkenalkan anak anak buah rare tu. mereka jamah dan tak mau makan bersungguh. rugi je beli.hehe

    buah perah LM tak pernah jumpa dan makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh boleh buat masak lemak ye?
      Betul rasanya masam² gitu..
      Anak² PH pulasan pun diorg tak berapa gemar. Rambutan depa suka

      Delete
  13. byk juga buah2 pelik yg MA x pernah dgr pun...mcm buah cherapu, buah perah.. emm..mcm2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah²an ni bermusim kot MA, itu yg jarang jumpa

      Delete
  14. Semua buah tu SA kenal...buah berangan tu sedap tapi jarang beli sebab banyak kalau sekali beli...tak habis makan...buah perah tu x tau apa rasa dia sebab x pernah mkn

    ReplyDelete
  15. Dari bentuk, buah terakhir itu miriiiip dengan CONG KEDIRO, banyak tumbuh di sumatera selatan. Biasa oleh orang Palembang buah itu dibuat sambal. Rasanya mirip dengan tomat cherry.

    Tapi saya tak tahu apa ini buah yg sama dengan yg Cong kediro atau tak.

    ReplyDelete